Monday, June 8, 2009

UMNO Nak menangguk kat Air Keruh

Muktamar PAS kali ke 55 yang baru berlalu menjadi titik pengukuh Pakatan Rakyat. Memang ada bunyi dalam muktamar bantahan rundingan terhadap UMNO. Semua dalam muktamar PAS telah sebulat suara akan menentang UMNO. UMNO bukan puak boleh buat kawan. Maka dihebohkanlah oleh agen-agen UMNO yang UMNO ingin membuka semula meja rundingan dengan PAS.


BODOH PUNYA UMNO. Meja pun tak buka lagi ada hati nak buka semula. Sudah-sudahlah dengan perangai kamu. Banyak la yang termakan gula-gula UMNO. Kononnya PAS nak gabung dengan UMNO. PAS tak ingin bekerjasama dengan parti zalim seoerti UMNO. Bagi mereka yang ingin mengetahui mengenai keadaan PAS, tanyalah pimpinan PAS dan veteran PAS. Kalau tanya TV3,TV1,  semua saluran TV dan Radio kat Malaysia ni, serupalah macam nak baiki moto pergi ke klinik gigi. Lepas tu minta doktor gigi tolong repair moto.

Memang bodoh UMNO nie. Dasar nak pecah belahkan orang dari dulu, kini, selamanya. Khairy Jamaludin, Hishamudin husin nie satu lagi puak yang kononnya dengan kenyataan mereka boleh melemahkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat berunding bukan macam UMNO dan sekutunya. Depa ingat apa yang keluar kat TV tue kita boleh percaya. Padahal TV tue jadi tempat tengok sampah je. Ye lah, dah hari-hari muka tu je keluar. Rakyat pun dah menyampah. Hari-hari tipu,bohong terus menerus.

Telah disepakati PAS akan bekerja mengukuhkan Pakatan Rakyat. Dengan jentera PAS di seluruh Malaysia, PAS akan terus mengukuhkan Pakatan Rakyat demi menumbangkan musuh yang sama iaitu UMNO/BN. Semakin hari, semakin banyak usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat. UMNO/BN teruslah cemburu dan berusaha merosakkan Pakatan Rakyat. Tapi setiap hari makin membongkarkan keteguhan Pakatan Rakyat. Dengan ikrar yang satu, Pakatan Rakyat akan menguburkan UMNO/BN di bumi Malaysia ini. Menolak kezaliman dan membangkitkan keadilan.

No comments:

Post a Comment