Wednesday, May 27, 2009

Lupa Skrip

Hujah yang menjadi rancangan kontroversi masa kini siaran TV9, telah menjemput Husam Musa dan Zahid Hamidi untuk membincangkan mengenai tajuk Politik Wang. Ini adalah kali kedua Zahid Hamidi menarik diri daripada perbincangan sebegini. Pertama berlaku ketika di PRK P059 Bukit Gantang yang mana pada ketika itu dua tokoh ini dijemput dalam satu forum bagi membincangkan mengenai krisis kerajaan Perak.





Yang muncul hanyalah Husam, dan Zahid tidak kelihatan. Mungkin pada ketika itu, Zahid takut hendak berdepan dengan hampir 10, 000 penonton yang hadir di dataran tersebut dimana tempat berlangsungnya forum tersebut. Namun kali ini, pentas yang disediakan adalah media arus perdana yang mana jutaan rakyat Malaysia menunggu untuk detik tersebut disiarkan.



Amat menghampakan apabila yang muncul bukanlah dua orang tokoh tersebut, tapi seorang yang menggelar dirinya penentang rasuah yang bernama Ezam Mohd Noor. Dulu Ezam berada bersama dengan PKR menentang UMNO. Kini dia bersama UMNO menentang PKR. Ezam berkata, dia kagum dengan UMNO yang banyak kes rasuah dan membongkarnya.


Dia kata lagi dia amat kecewa dengan pembangkang (PKR,PAS,DAP) kerana amat sukar untuk mendapat keadaaan sebegini dalam mereka. Menurutnya UMNO ni jujur dalam membongkar kes rasuah dalaman mereka. " Dimana ada kuasa, disitu ada rasuah " itulah ucapannya. UMNO sebuah parti yang lama memerintah, sudah tentu banyak kes rasuah.


Dia juga turut menyanggah parti Islam kerana tidak bersifat terbuka dalam menangani politik wang. Baginya, Islam itu sempurna bukan parti Islam. Gaya cakapnya macam hebat. Rupanya ada orang Bukit Gantang yang sedang menonton boleh berbahas dengan gaya yang lebh macam dia. Bila masanya PAS mengatakan parti mereka sempurna Encik Ezam???????


Kalau kamu sebagai orang Islam, tak tahu nak buat pertimbangan menurut agama kamu, kenapa bercakap lebih dari bertindak???

Sering kali dalam siaran tersebut, kamu ditanya mengapa tidak membuat pendakwaan terhadap pembangkang yang kononnya terlibat dengan politik wang. Kamu tergagap-gagap nak jawab. Agak hairanlah kamu sekarang ni. Dulu percakapan kamu lancar dan seumpama penuh kebenaran. Namun kini percakapan kamu seolah-olah seorang pelakon yang lupa skripnya. Kalau betul kamu bertindak dan memikir dari sudut agama Islam, lakukanlah dengan lunas yang betul.

PAS sendiri tidak sesekali menyatakan mereka sempurna. Hujah Ezam sering kali tersekat apabila dia mencari-cari apa yang hendak dikatakan seterusnya. Pengerusi bertanya mengenai pendedahan mengenai misteri 6 kotak rahsia yang didedahkannya. Jawapannya masih seperti seorang pelakon yang terlupa akan skripnya. Apa sudah jadi?? Dua orang besar yang ditunggu, yang lupa skrip pula yang muncul.

Tuesday, May 26, 2009

UMNO Mogok Kenyang?

Setakat ini kita belum lagi mendengar UMNO atau BN melakukan mogok lapar, kerana mereka sentiasa dalam keadaan selasa (memerintah), jadi kita kata mereka mogok kenyang la. Tapi diramalkan mereka pula akan mengalami kekalahan dalam PRU 13 nanti jadi bersedia la nak mogok lapar pula (kalau sanggup la). Itu sahaja aku nak kata.

Monday, May 25, 2009

Sheikh Qardawi - Mogok lapar tidak haram bahkan dituntut !

"Utusan Melayu yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : "mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain" .

>>>>  

Bertentangan dengan Islam

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR dan FADZILAH BAHARUDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Mei - Umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi kempen mogok lapar kerana ia tidak wujud dalam Islam dan bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariah dan akhlak Islamiah.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain.

Jelasnya, sebarang perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada nyawa, akal, minda, harta dan keluarga adalah haram di sisi Islam.

"Andai kata seseorang yang mogok lapar itu meninggal dunia, maka ia seolah-olah membunuh diri sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula esok selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Noh Gadut yang juga bekas Mufti Johor berkata, mogok lapar ditunjangi oleh kehendak perasaan dan hawa nafsu serta sama sekali bertentangan dengan konsep kemanusiaan dalam Islam.

Tambahnya, orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus asa dalam perjuangannya sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian.

"Mogok lapar berbeza dengan puasa. Dalam Islam, puasa bertujuan menahan diri hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ini termasuk puasa wajib, sunat dan nazar,'' katanya.

Beliau juga menasihatkan orang Islam di negara ini supaya bertenang dan percaya kepada qada dan qadar Allah kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

"Percaya kepada qada dan qadar merupakan salah satu daripada Rukun Iman. Dalam Rukun Iman, sekiranya kita menolak salah satu daripadanya, maka terbatallah kesemuanya.

"Dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan. Maka sesungguhnya seseorang itu tidak boleh melakukan perkara tersebut kepada dirinya dan juga orang lain kerana ia boleh menjejaskan kesihatan,'' ujar beliau.

Terdahulu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan orang Islam sama sekali diharamkan daripada terlibat dalam mogok lapar walaupun bertujuan memberi sokongan kerana mereka wajib menjaga nyawa sendiri.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu mereka yang menyertai kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang esok melakukannya hingga mati sebagai seorang pahlawan demokrasi.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam nada yang sinis berkata, pihak terlibat hanya mahu mencari publisiti murahan dan berharap pihak media tidak memberi ruang kepada mereka.

Beliau yang kesal dengan tindakan tersebut berkata, tindakan pakatan pembangkang itu hanya akan mencemarkan imej negara.

"Kita mengalu-alukan tindakan mereka. Tetapi jika mereka mahu buat mogok lapar, pastikan mereka buat sampai mati. Nanti kita akan tabur bunga kepada mereka sebagai pahlawan demokrasi," jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

>>>>>>>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm<<<<



Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan beliau mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan tersebut. Tapi penulis di sini ingin menjelaskan bahawa Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !


Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”


Fikirkanlah ...
"


sumber  : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=58

Antara dua Yusuf Qardhawi dan Noh Gadut, agak-agak kenyataan mana yang boleh pakai???
Noh Gadut ni bukan ke duduk di negeri  Johor darul UMNO?? Masa-masa begini barulah rujuk kitab buat fatwa. Kenapa time Jom Heboh Harussani Zakaria saja yang keluarkan fatwa ia haram?? Ni la ulamak boneka pimpinan taghut.

pemberitahuan


Thursday, May 21, 2009

Virus Katak Berbahaya Juga?

Polemik politik Negeri Perak dikatakan bercelaru akibat dari serangan 'virus katak', setakat ini belum ada ubat lagi. Cadangan sidang DUN baru-baru ini untuk mengubatnya belum berjaya , kerana perbalahan akibat perebutan kerusi speaker. Mengikut ramai cerdik pandai ubat yang paling mujarab ialah membubarkan DUN Perak.

Pandangan pembubaran DUN Perak sangat dipersetujui oleh majoriti rakyat Perak, tetapi doktor-doktor UMNO dan BN masih ragu-ragu dan masih mahu membiarkan fenomena 'virus katak' ini diselesaikan dengan Sidang DUN Khas, apa kesudahannya kita tunggu dan lihat.....

Konspirasi atau Mengaut Keuntungan Dalam Sensara?

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke.

Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.Pembinaan Senjata BiologiJika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi.

Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek

penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan.

Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapa peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.Pembukaan Semula Program Senjata BiologiSemenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi.

Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.KesimpulanWalaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini.

Israel telah lama mengkaji DNA bangsa arab bagi mencari senjata biologi atau wabak penyakit yang sesuai hanya boleh merosakkan atau menghapus bangsa arab sahaja dan tidak memudaratkan bangsa lain, tetapi sehingga kini ia belum berjaya dihasilkan. Ada juga tuduhan penyakit dicipta untuk melariskan ubat tertentu seperti virus komputer dicipta untuk memboleh syarikat software antivirus melariskan jualan masing-masing. Betul atau salah itu tak tahu la, tapi banyak teori tentangnya dikemukakan pelbagai pihak.

Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan..Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;-Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003-Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.-600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom.. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Tuesday, May 19, 2009

BN rancang konspirasi jahat buang Speaker - Sivakumar

Khairul Azlam Mohamad
Wed | May 20, 09 | 9:22:55 am MYT

KEMAMAN, 20 Mei (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V Sivakumar mendedahkan 'tragedi hitam' pada 7 Mei 2009 lalu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak merupakan satu konspirasi jahat yang dirancang bagi 'menjatuhkan' Speaker Dun tersebut.



Katanya, kekecohan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan pejabat dan Dun Perak itu berpunca dari Adun-adun Barisan Nasional (BN) Perak sendiri.

"Pada hari 7 Mei 2009 itu, saya katakana satu konspirasi jahat diatur oleh pihak-pihak tertentu untuk 'menjatuhkan' (buang) Speaker Dun Perak yang sah.

"Mereka (Adun BN) rancang satu konspirasi mahu 'menjatuhkan' saya dari jawatan kerusi Speaker Dun.

"Kekecohan yang berlaku itu (Dun Perak) kerana Adun-adun BN tidak ikut peraturan dan ingkar arahan Speaker," jelasnya di hadapan lebih 3,000 hadirin dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, beberapa tindakan pelik dan luar biasa telah dilakukan oleh pihak BN sebelum hari Persidangan Dewan Dun Perak lagi.

Antara lain, katanya pihak 'tertentu' yang memanggil Sidang Dun Perak tanpa pengetahuan Speaker, cuba menghadkan kepada wartawan tertentu sahaja boleh membuat liputan Sidang Dun Perak, tidak membenarkan tetamu pemerhati masuk walau pun dengan kebenaran Speaker serta pengeluaran pas masuk oleh pihak SUK.

Menurutnya, kawalan keselamatan yang ketat dan jumlah anggota polis yang ramai dipergunakan dalam konspirasi tersebut.

Katanya, semua kuasa-kuasa Speaker Dun Perak telah 'dirampas' awal-awal lagi sebelum berlaku hari yang memalukan itu.

Malah, menurut Sivakumar pada hari tersebut (7 Mei) sebenarnya tidak berlaku Persidangan Dun Perak kerana Dewan belum dimulakan lagi.

"Saya masuk dewan (Dun Perak) dan sebelum pemangku Sultan (Raja Nazrin) masuk untuk merasmikan dewan, saya sebagai Speaker Dun akan pastikan dewan teratur dan selamat.

"Saya masuk untuk menguruskan dewan dan bukan untuk memulakan persidangan dewan sebelum berlaku kekecohan yang memalukan itu,"ujarnya.

Beliau turut menyifatkan kekecohan yang berlaku kerana Adun-adun 'monyet' (BN) tidak mengikut peraturan dan undang-undang.

Akhirnya, kata Sivakumar Speaker Dun Perak yang sah dan halal telah diangkut dan dibawa keluar oleh anggota polis.

Menurutnya, rakyat Perak dan seluruh negara akan 'mengajar' pemimpin Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing, bekas Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang dan Naib Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Hazeri Jusoh. - azm _


Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20829&Itemid=1

Monday, May 18, 2009

Polis Anjing BN

Polis sepatutnya menjaga keamanan dan keharmonian. Tapi di Perak mereka jadi anjing suruhan UMNO/BN. Bayangkan macam mana si Ganesan haram dapat masuk dalam dewan undangan negeri Perak 7 Mei yang lepas sedangkan anjing-anjing ( polis ) banyak berkeliaran disitu???


Sapa yang jemput Ganesan haram ni?? Dah tentu la UMNO/BN bapak segala kejahatan di Malaysia ni. Mesti ada konspirasi antara UMNO/BN dengan Polis sampai Ganesan haram boleh masuk. Budak sekolah tadika KEMAS pun lagi pandai daripada UMNO/BN. Mesti boleh fikir punya soalan-soalan macam ni.

Kita tak kata yang semua polis tu anjing. tapi sikap segelintir polis tu, terutama yang terbabit dengan sidang DUN Perak 7 Mei lalu adalah lebih teruk dari anjing. Macam mana depa nk bentuk rakyat yang bermoral dan berkerjasama dengan mereka, sedangkan wakil rakyat pun kena tibai inikan pula rakyat biasa.???

Nak kata suka,.... makin benci pula. Kesian kat depa kena ikut cakap UMNO/BN. Timbul lah slogan-slogan dari rakyat marhaein sperti Polis Raja Di Malaysia.

Mahkamah Tinggi: Sultan tidak boleh pecat MB

May 18, 09 10:00pm
Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, lapor Bernama.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota dewan undangan negeri, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihanraya umum ke-12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Nizar mengetepikan perintah penangguhan.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budibicara mutlak berhubung pelantikan menteri besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran dewan undangan negeri.

"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang menteri besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.

"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti dewan undangan negeri hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/104586

Friday, May 15, 2009

Siapakah hakim yang benarkan permohonan Zambry ?


KUALA LUMPUR, 15 Mei : - Hakim Dato’ Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato’ Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

“Mereka adalah Dato’ Heliliah Mohd Yusof, Dato’ Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002,” katanya dalam blog peribadi beliau.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.

Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

“Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.

“Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

“Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling “junior” serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam,” katanya. Harakahdaily.

dipetik dari blog cina islam

Wednesday, May 13, 2009

MEMANG PENGECUT PUN.



bayangkan sesudah diumumkan kembali menjadi MB dan keluar daripada mahkamah, bukannya di iringi oleh pemimpin atau penyokong atau YB - YB BN tetapi di iringi oleh ( tengok sendiri la ) ... Macam mana la nak bubar DUN Perak

Tuesday, May 12, 2009

PANDANGAN PEGUAM ZULKIFLI NORDIN TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN


Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.Namun undang-undang memperuntukkan dibawahAturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).


Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.


Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.


Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.


Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.

Era Baru Malaysia. Kehancuran Demokrasi

Najib dan rejim UMNO/BN bertanggungjawab memusnahkan demokrasi di Malaysia. Najib tahu dengan kemenangan kes Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2009 telah menyebabkan rakyat Perak teruja dengan keputusan tersebut. Inilah masa kebangkitan rakyat yang ditunggu sekian lama semenjak rampasan kuasa rejim UMNO/BN yang diketuai Najib dan Zambri.

Najib tidak membenarkan rakyat untuk bangkit memenuhi hak mereka. Bagi rejim UMNO/BN apa yang penting buat mereka adalah kuasa untuk mereka terus membodohkan rakyat dan menindas untuk kepentingan mereka. Rejim UMNO/BN nampaknya tidak mahu menghabiskan kemelut di Perak dan ingin terus menerus membiarkan rakyat hidup dalam keadaan tidak tenteram dan aman sejahtera.

Kerajaan Perak kerugian besar akibat kemelut politik cetusan rejim UMNO/BN apabila projek-projek pembangunan untuk rakyat terpaksa dihentikan dan pelabur-pelabur luar hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri. Rejim UMNO/BN selayaknya digelar BAPAK PENDERHAKA apabila seruan pemangku sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah untuk menstabilkan ekonomi Perak tidak diendah oleh rejim UMNO/BN.

Semakin hari, rakyat Perak makin muak dan jelik dengan sikap rejim UMNO/BN. Kebangkitan rakyat hari ini, tidak dapat lagi dibendung dengan akta-akta zalim yang diamalkan rejim UMNO/BN. Krisis terbaru ini telah membuka ruang liang lahad rejim UMNO/BN lebih luas lagi. Hanya menunggu masanya sahaja rejim UMNO/BN rebah dan disemadikan. Lipatan sejarah hitam ciptaan rejim UMNO/BN akan terpahat sebagai tugu kehancuran demokrasi di Malaysia.

Rakyat tidak akan berdiam dan membatu seperti jangkaan rejim UMNO/BN. Setiap hari saluran maklumat alternatif yang memaparkan kebenaran terus menjadi pilihan sumber maklumat. Media arus perdana yang menjadi agen rejim UMNO/BN tidak mendapat sambutan sehangat media alternatif. Sebaran maklumat dari media perdana adalah amat meragukan kerana ia penuh dengan penipuan jahat yang bertujuan menyekat kebenaran disebarkan. Rejim UMNO/BN dan agen-agen sekutu jahatnya akan meneruskan rangkaan kejahatan mereka bagi memastikan rakyat terus ditindas, dizalimi dan diperbodohkan DULU, KINI, dan .......... Pakatan Rakyat akan terus berjuan menegakkan keadilan dan hak rakyat. Ayuh bersama Pakatan Rakyat. Tinggalkan rejim UMNO/BN.

Monday, May 11, 2009

UMNO MEMANG GILA KUASA? DAH TERBUKTI DAH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.
Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.
Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

UMNO telah menghina orang-orang Pas dengan jolokan kata-kata kesat 'Gila Kuasa', walaupun dah hilang majoriti. Tetapi sekarang apa pula wahai UMNO!!, hangpa la yang gila kuasa, melanggar perlembagaan demi kuasa, sanggup menghina DUN demi kuasa, sanggup rasuah demi kuasa, sanggup guna polis seret speaker keluar DUn kerana kuasa, tidak kira haram halal. Memang itu la dah memang perangai UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA. Ada faham ka........

Thursday, May 7, 2009

Bahang Jihad Membara

Amaran Presiden PAS - Kesabaran Ada Batasnya


KUALA NERUS - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kesabaran PAS ada batasnya.

Beliau berkata krisis yang berlaku di negeri Perak adalah langkah UMNO/BN yang salah sejak daripada awal lagi.

“Lalu hendak betul(kan) yang salah dengan tangkap orang, itu tidak betul. Apa yang berlaku ialah ‘mencabul’ Perlembagaan dan ‘mencabul’ demokrasi,

“krisis politik yang berlaku di negeri Perak ternyata telah melanggar Undang-undang dan Perlembagaan,

“amalan demokrasi pula cuba dipermainkan dan ‘dicabuli’ oleh pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ‘gilakan’ kuasa,”tegasnya ketika mengulas penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Katanya BN sepatutnya belajar dari sejarah di zaman Tunku Abdul Rahman sewaktu Perikatan memerintah negara.

Sewaktu kerajaan Tunku hendak menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu, katanya, Tunku mengambil langkah melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kali pertama cubaan Tunku tidak berjaya kerana menurutnya, PAS mempunyai majoriti mudah (simple majority) 11 kerusi iaitu tujuh parti Perikatan dan empat parti Negara.

“Parti Negara tidak menyokong Perikatan dan diambil langkah yang kedua sehinggalah berjaya ‘membeli’ Speaker (Yang DiPertua DUN), membeli wakil-wakil rakyat parti Negara, beberapa orang wakil rakyat PAS melalui politik wang waktu itu,“maka, berlakulah proses undi tidak percaya walau pun politik wang itu suatu tindakan yang salah tetapi proses undi tidak percaya berlaku mengikut Perlembagaan dan Undang-undang,”jelasnya pada sidang media selepas melancarkan Laman Web Buletin Pendidikan PAS Pusat dan Dana Masjid di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, semalam. (gambar kanan)

Menyentuh isu berhubung siapa yang layak menerajui PAS, beliau menyifatkan ia adalah satu isu lama yang dimainkan oleh pihak media setiap kali menjelang muktamar PAS sejak tahun 50-an dan 60-an.

Katanya PAS tidak akan tergugat dengan isu tersebut kerana PAS sentiasa konsisten dalam pentadbiran parti dengan mengamalkan semangat syura.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada anggota parti bagi memilih Presiden dan Timbalan Presiden kerana jawatan itu dilantik pada muktamar agung PAS.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahan jawatannya jika ada pertandingan merebut kedudukan itu, beliau berkata: "kita lihat keputusan mesyuarat agung tahunan."

"Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan atas perkara yang tidak diketahui lagi. Selepas keputusan itu diketahui, tahulah apa saya nak buat," katanya.

sumber : http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/05/amaran-presiden-pas-kesabaran-ada.html

Barisan Nasional Menzahirkan Kezaliman

Apa yang terjadi pada sidang Dun Perak pada 7 Mei merupakan sejarah hitam dalam Sistem Kerajaan Demokrasi Berpelembagaan. Sejarah ini disaksikan oleh para wartawan yang menjadi pelapor kepada mata dunia. Kini Malaysia di bawah pimpinan Najib bukan lagi sebuah negara demokrasi tetapi sebuah negara diktator. Najib dan BN hanya memikirkan kuasa yang perlu mereka kecapi tanpa memikirkan kestabilan dan keamanan negara. Pengalaman Najib di Thailand menghadiri sidang Asean dengan rusuhan rakyat Thai tidak sedikit pun mengajar Najib untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa untuk meminpin Malaysia.


Kami menyatakan kekesalan terhadap kenyataan ADUN Pangkor yang menjadi Menteri Besar Haram Negeri Perak bawah pimpinan Barisan Nasional/UMNO. Kenyataan yang tidak bermoral, menyelindungkan kebenaran, tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal. Betapa bodohnya Zamri memikirkan dia dapat menyelindungkan kebenaran daripada pengetahuan rakyat. Walaupun BN/UMNO memiliki agen membodohkan rakyat iaitu media arus perdana, tapi mereka terlupa dengan kerakusan mereka tentang pengaruh media-media alternatif yang kini menjadi tumpuan hangat rakyat mendapatkan maklumat.


Antara kenyataan beliau :

1. Menyatakan kekesalan terhadap sikap Adun Pakatan Rakyat yang tidak mengikut peraturan.
2. Adun Pakatan Rakyat menerapkan undang-undang rimba.

Kenyataan beliau ini disebarkan oleh agen membodohkan rakyat iaitu TV3 di berita utama jam 8 malam bertarikh 7 Mei 2009. Satu lagi agen membodohkan rakyat berita harian, hari ini dalam laman webnya melaporkan seperti berikut :

"Kekecohan itu berakhir pada jam 2.40 petang apabila Sivakumar diiring keluar oleh anggota polis... "
( sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20090507233216/Article ) 

Wartawan-wartawan media arus perdana memang tidak bertanggungjawab terhadap segala sebaran yang mereka lakukan. Tiada langsung kekesalan di hati mereka menjadi agen membodohkan rakyat dan menyelindungkan kebenaran.

  

Undang-undang rimba mengikut kepala Zambri Kadir. Gambar menunjukan Speaker Perak dari Pakatan Rakyat dikasari.

 

Sivakumar diiring keluar mengikut laporan Berita Harian. Hairan....

Kami rakyat akan memboikot agen membodohkan rakyat. Antara yang tersenarai :

1. TV3
2. TV1
3. TV2
4. Berita Harian
5. News Straits Time
6. Utusan Melayu
 
dan termasuk semua media-media yang menjadi tali barut Rejim UMNO/BN. Rakyat bukan bodoh. Yang bodoh adalah Rejim UMNO/BN.











Speaker Diseret Macam Penjenayah




Lagi satu projek kerajaan Barisan Nasional iaitu menggunakan polis dan samseng untuk menyeret speaker DUN Perak. Apa kejadahnya puak-puak yang tidak bertamadun ini, menceroboh masuk Dewan yang Mulia dan melakukan kekerasan kepada YB yang dipilig rakyat. Ini merupakan satu lagi episod malang rakyat Perak, kerana tiada lagi tempat yang selamat sehingga Dewan yang Mulia sendiri yang mempunyai pasukan keselamatan sendiri diceroboh oleh orang luar.

Siapa mereka?, macam mana mereka masuk? adalah menjadi tanggung jawab pihak polis yang berkawal diluar. Jadi puak-puak ini dipercayai samseng dan polis sendiri atau UTK yang hanya mengikut arahan pihak atasan tanpa membantah. Kita kecewa bila episod menceroboh seperti berlaku dalam di Parlimen tempoh hari berulang lagi di DUN Perak. Bayangkan jika ada pihak yang membawa bahan berbahaya apa akan terjadi kepada YB-YB kita semua.

Rakuskan kuasa, menidakkan perlembagaan itu yang mampu kita ucapkan. Selamat tinggal BN pada PRU 13 nanti dan kita perlu menghukum mereka-mereka ini yang mencemar kesucian Dewan yang Mulia.

Monday, May 4, 2009

MUNAJAT PERDANA
MASA :
5.00 PAGI
TARIKH :
7 MEI, 2009
TEMPAT :
MASJID AL-ITTIHADIYAH,
MANJOI, IPOH
Orangramai diminta hadhir
BERPAKAIAN HITAM
(tanda matinya demokrasi)
bersama-sama untuk bermunajat ,
mohon pihak berkuasa bubar DUN
dan keamanan bagi negeri Perak.
Bukan Islam juga dijemput hadir
sebagai tanda sokongan.
drpd: Tn Hj Mohamad Sabu
Pengerusi
Bdn Mobilisasi Demokrasi
PAS Pusat

Sunday, May 3, 2009

semua petugas-petugas urusan pengundi muda "UPM" PRK059 baru-baru ini adalah dijemput ke majlis jamuan merayakan kemenangan pada : 8 may 2009 jam 8. 00 mlm , bertempat di Pusat Operasi Urusan Pengundi Muda , Batu 8 , jalan Terong.

Friday, May 1, 2009

UMNO BERKUASA TAPI AGAMA ROSAK

Ulama baru dalam kabinet Najib yang diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal yang berkaitan Islam telah gagal memelihara agama. Jamil Khair tidak boleh buat apa-apa untuk membantah kabinet yang memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.Kabinet Najib membuat keputusan tersebut berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang pengerusikan oleh Koh Tsu Koon dan dianggotai oleh Subramaniam, Jamil Khair dan Shahrizat Jalil.

Persoalannya, mengapa perkara yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya yang melibatkan persoalan hukum dan hak memelihara agama diserahkan kepada orang bukan Islam sebagai pengerusinya?. Jamil Khair sebagai ahlinya pula tidak mampu memberi pandangan dan hujjah untuk menolak keputusan tersebut, mana wibawanya beliau sebagai seorang Menteri yang sebelum ini berkhidmat dalam Kagat begitu lama. Dalam Kagat beliau diberitakan cukup tegas dan keras dalam persoalan yang melibatkan agama, tetapi tidak sebagai seorang Menteri Islam yang menjaga hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.

Keputusan itu sebenarnya cukup menghiris hati umat Islam dan sepatutnya mengundang kemarahan umat Islam kerana persoalan yang berkaitan dengan masa depan akidah umat Islam telah diabaikan oleh pemerintah yang kononnya melayu. Kewajipan pertama pemerintah dalam Islam ialah memelihara agama tetapi telah dikhianati oleh UMNO yang melayu kononnya, malah yang menyedihkan hati ialah tiada seorangpun ulama dalam UMNO dan Menteri-menteri UMNO Islam lain yang bangkit membantah keputusan ini. Mereka hanya menjaga kepentingan jawatan dan kedudukannya sahaja .Kita ingin tunggu Mufti Perak pula menjawab dalam permasalahan ini, apa dia nak ulas, tunggu dan lihat.

Wajarkah anak-anak yang inginkan Islam dinafikan hak mereka untuk memilih sendiri agama yang mereka ingin anuti. Sepatutnya mereka diberi pilihan untuk menentukan agama mereka sendiri,bukannya melalui paksaan undang-undang, kerana dalam Islam tiada paksaan untuk beragama,Islam tidak memaksa bukan Islam masuk Islam,hukum ini kerana mereka belum beragama Islam.TETAPI jika mereka telah memilih Islam atau telah berugama Islam maka mereka tidak boleh murtad kerana hukuman bunuh wajib dijatuhkan ke atas orang murtad yang enggan bertaubat setelah disuruh berbuat demikian. Orang Islam terikat dengan hukum hakam perundangan Islam yang termaktub dalam Al-Quran dan Hadis yang tidak boleh dipersoalkan lagi.

Kenyataan Tan Sri Nazri Aziz dalam isu ini bagi pihak kabinet juga menunjukkan kejahilannya dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Kenyataannya seumpama orang yang tidak ada agama, bila ia mengaitkan pertukaran agama salah seorang pasangan bukan penyebab kepada terputusnya hubungan perkahwinan. Ini seolah-olah seorang suami yang memeluk Islam masih boleh menjadi pasangan kepada isterinya yang tidak Islam. Mungkin ada fatwa baru dari ulama UMNO berkaitan dengan hal ini, kita tunggu jawapan mereka. Mungkin ada kitab baru yang bakal dikemukakan oleh ulama UMNO?, atau kitab orientalis!.

Apabila pemimpin DAP membaca al Quran dalam ceramah, UMNO dan para ulamanya menyifatkan perbuatan itu menghina dan mempersenda Islam. Tetapi apabila persoalan yang berkaitan dengan akidah dan masa depan umat Islam diserahkan kepada Menteri yang bukan Islam sebagai pengerusinya manakala Menteri yang jaga hal ehwal agama hanya sebagai ahli jawatankuasa sahaja yang turut bersetuju dengan keputusan ini. Ketika ini kita ingin Tanya, di mana suara-suara ulama UMNO dan para mufti yang lainnya?. Mengapa mereka tidak membantah sebagaimana mereka lakukan terhadap Nga Khor Ming membaca al Quran ?.Mungkin masalah akidah adalah kecil bagi UMNO dan ulama-ulamanya, nak masuk agama apa pun tak kisah la.

Ini adalah fahaman liberal yang dibawa oleh Sister In Islam yang terdapat dikalangan anggota pimpinannya terdiri dari anak-anak perempuan pimpinan tertinggi UMNO dan bekas Perdana Menteri UMNO yang melayu itu.Kita kata Orang Melayu dan Islam kononnya cukup sensitif terhadap isu derhaka kepada Raja-raja Melayu, isu yang berkaitan dengan tanah orang Melayu dan sebagainya. Walhal apa sebenarnya dalam isu derhaka dan tanah orang Melayu hanyalah isu yang sengaja direka dan dibesar-besarkan oleh media dan pemimpin UMNO BN supaya orang Melayu marah.

Tetapi bila berlaku isu berkaitan dengan hak penjagaan anak dan pemeliharan agama, tidak ada suara-suara UMNO dan para ulamanya selantang mereka menuduh Hj Nizar derhaka dan gadai tanah orang Melayu.Mungkin agama tak penting bagi orang melayu UMNO?.Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan kabinet baru yang dibentuk ternyata tidak boleh diharap untuk mempertahankan dan memelihara kesucian dan kemurnian Islam. Mereka lebih tunduk kepada kemahuan tuntutan parti-parti komponannya dan sanggup mempertaruh dan menggadaikan maruah dan kesucian Islam itu sendiri. Demi kekuasaan yang bakal hilang..........

“Di mana UMNO kuat di situlah Melayu merempat”