Wednesday, September 15, 2010

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang Membantah Saman Ekor.

Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang membantah saman ekor (notis POL 170A) yang dikeluarkan oleh Polis Trafik Polis Diraja Malaysia. Kami juga menyokong penuh pendirian pimpinan PAS Pusat terutamanya Pengerusi Kempen Anti-saman Ekor (KASE) Dato' Hj Mahfuz Omar berkaitan isu ini berasaskan beberapa faktor yakni:

1. Pesalah yang tidak membayar saman ini akan disenarai hitamkan oleh JPJ daripada memperbaharui cukai jalan.

2. Pesalah tidak ada peluang untuk membela diri kerana tidak menyedari bila kesalahan dilakukan dan adakah benar dia telah melakukan kesalahan tersebut. Ini berikutan surat saman yang sampai di rumah setelah beberapa hari dari tarikh saman dikeluarkan.

3. Saman ekor menafikan hak pengguna daripada menggunakan kenderaan sebagai harta persendirian apabila kenderaan mereka disenarai hitamkan atas kesalahan trafik yang tidak disedari oleh mereka.

4. Saman ekor ibarat 'ISA Kedua' kerana penerima notis tidak diberikan hak untuk melalui proses pengadilan di mahkamah.

5. Pesalah saman ekor tidak dibuktikan kesalahan mereka tetapi dipaksa membayar saman tersebut.

6. Kadar saman yang tinggi menyebabkan golongan yang kurang berkemampuan tidak mampu melunasinya mengakibatkan kehidupan mereka menjadi susah setelah kenderaan mereka disenarai hitamkan.

7. Saman ekor boleh menyebabkan syarikat pengusaha pengangkutan awam gulung tikar akibat menanggung banyak saman yang tertunggak kerana tidak mampu mengesan siapa pemandu di syarikat mereka melakukan kesalahan tersebut. Ini disebabkan oleh penerimaan notis yang lambat dari tarikh saman dikeluarkan.


Dengan ini, kami menuntut supaya kerajaan mengambil tindakan:

1. Memansuhkan saman ekor (POL 170A).

2. Hanya menguatkuasakan saman pada masa pemandu melakukan kesalahan yang jelas.

4. Menarik semula tindakan menyenarai hitamkan kenderaan yang telah dikenakan saman ekor dan tidak akan menguatkuasakannya semula.

5. Mengembalikan hak rakyat untuk menjalani proses pengadilan di mahkamah atas kesalahan mereka.

6. Membatalkan semua saman di Seksyen 115 (1) (a) di bawah Akta Pengangutan Jalan 1987*.


Usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak kami adalah membantu KASE mengumpul 10 juta tanda tangan rakyat yang membantah saman ekor. Tanda tangan ini kemudiannya akan dilampirkan bersama-sama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Kementerian Pengangkutan.





* Section 115(1) (a) states that - "duty to give information and use of statements as evidence" Generally the police will send a traffic offence notification known as POL 170A notices under section 115 for motorist to provide the drivers particulars within 7 days of receiving the said notice. But the contention of many is that "registered owners of vehicles" who admit that they have committed the traffic offence need not furnish particulars of drivers. But unfortunately the police have been imposing an additional RM300 fine on motorist who has not responded to when the police issue a POL170A notice.


-Setiausaha DPPKBG

Sunday, September 5, 2010

PERTANDINGAN BANNER AIDILFITRI PERINGKAT KAWASAN

Pertandingan Banner Aidilfitri Peringkat Kawasan Bukit Gantang

Sempena meraikan kelahiran jiwa dan roh baru setelah menjalani latihan keimanan sebulan di bulan Ramadhan, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang dengan sukacitanya menganjurkan pertandingan banner Aidilfitri peringkat kawasan. Semua cawangan menyertai pertandingan ini.


Peraturan pertandingan seperti di bawah.

1. Penyertaan mestilah asli daripada pemuda cawangan.

2. Saiz banner ialah 8 x 3 kaki persegi.

3. Banner boleh digantung di cawangan masing-masing bermula 5 September 2010 di cawangan masing-masiing.

4. Setiap banner perlu mempamerkan:
a) lambang PAS
b) nama pemuda cawangan (Cth: Pemuda PAS Cawangan Simpang)
c) Kata-kata yang kreatif
d) Selebihnya mengikut kreativiti masing-masing

5. Penyertaan akan diadili berdasarkan:
a) kreativiti corak rekaan
b) kata-kata yang menarik
c) lokasi banner yang strategik

6. Hadiah adalah seperti berikut:
a) Hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM150
b) Hadiah tempat kedua berupa wang tunai RM100
c) Hadiah tempat ketiga berupa wang tunai RM50

7. Penyertaan dan pergantungan banner perlu dimaklumkan segera kepada Urusetia Pertandingan sebelum 7 September 2010.

8. Penyertaan perlulah memaklumkan nama seorang peserta sebagai wakil cawangan, lokasi banner dipamerkan, dan nombor telefon yang boleh dihubungi kepada urusetia berikut;
  • Untuk Dun Kuala Sepetang: Saudara Azuan 019 427 3678
  • Untuk Dun Changkat Jering: Saudara Zu Hazmin 013 353 1365
  • Untuk Dun Terong: Ustaz Ariffin 019 563 2014
9. Pemenang akan diumumkan pada Muktamar PAS Kawasan Bukit Gantang yang akan datang.

10. Sebarang kemusykilan boleh hubungi Pengarah Pertandingan di talian 019 427 3678.


Salam Aidilfitri dan Selamat Maju Jaya!

-Zu Hazmin bin Badri

Lagi Sumbangan Kepada Fakir Miskin





































Pada 5-9-2010 selepas solat Zuhur Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Ketua Pemuda telah turun ke kampung-kampung untuk memberikan sumbangan berupa beras kepada penduduk miskin sekitar Bukit Gantang. Kira-kira 30 buah rumah sekitar Jelapang dan taman yang berdekatan menjadi lokasi sumbangan kali ini.

Sumbangan ini adalah hasil kutipan berterusan "Kempen Sekilo Gula dan Sekampit Beras" yang dilancarkan oleh DPPK sebagai medium untuk mempermudahkan penderma untuk menyumbangkan kepada sasaran penduduk yang fakir dan miskin.

Kempen ini akan berterusan sehingga akhir tahun ini, kami mengalu-alukan semua bentuk sumbangan atau derma, samada berupa barang makanan atau wang tunai.

Friday, September 3, 2010

Sumbangan Sekampit Beras Dan Sekilo Gula











Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Masyarakat DPPK Sdr. Muhammad Hanif Bin Mohd Isa telah turun padang bersama beberapa orang Ajk DPPK memberi sumbangan berupa beras dan gula kepada penduduk Parlimen Bukit Gantang yang kurang mampu.

Setakat ini Dewan Pemuda telah berjaya menyumbang kepada 71 orang penduduk tempatan yang yang layak menerima sumbangan hasil kutipan "Kempen Sekampi Beras Sekilo Gula" dari penderma yang budiman.

Pihak Lajnah dan DPPK amat berharap usaha yang seumpama ini akan berterusan selepas ini biarpun Bulan Ramadan yang penuh barakah ini telah sampai ke penghujungnya. Semoga semangat bulan Ramadan ini akan terus subur dikalangan penderma hendaknya.

Semua sumbangan penderma kami ucapkan jazakallahu khairan kathira.

DPPK Bukit Gantang Membuat Laporan Polis Terhadap Tan Sri Zainuddin Maidin






Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit yang telah diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda iaitu Sdr Mohd Idris Bin Hj. Zakaria dan 5 orang AJK DPPK telah hadir ke Balai Polis Simpang, Taiping, Perak untuk membuat lapuran polis terhadap kenyataan tidak berasas Tan Sri Zainuddin Maidin iaitu bekas wartawan kanan dan Menteri Kerajaan Pusat yang mengaitkan Pas telah mencadangkan Tunku merampas harta kaum Cina selepas tragedi 13 Mei 1969.

Beliau juga mengaitkan Pas dengan aktiviti membelot kepada negara apabila mengatakan Pas telah menyokong Indonesia mengambil Malaysia, semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia berlaku. Dua kenyataan beliau yang dikeluarlan dalam laman web umno-online.com dan youtube ini dilihat amat berbahaya kepada keharmonian kaum yang sedia ada dan juga menjadi fitnah seolah-olah Pas telah mengkhianati negara sendiri dengan menyokong Indonesia.

Seterusnya pihak Dewan Pemuda telah diminta hadir ke Balai Polis Daerah Taiping untuk membuat pernyataan yang dibuat didepan Inspektor Bakri Bin Husin. Kita berharap pihak polis menyiasat hal ini dan mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga keharmonian kaum di Malaysia supaya tidak terjejas.