Friday, February 18, 2011

Himpunan 30k Pemuda Pas Seluruh Malaysia



Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang telah menghantar lebih 50 orang wakil pemuda untuk menghadiri Himpunan 30k Pemuda Pas Seluruh Malaysia pada 19-2-2011. Pergerakan DPPK Bukit Gantang bermula seawal 1.30 pagi hari tersebut dan berhenti di Masjid berhampiran Kompleks Pas Kedah,Kota Sarang Semut, Kedah.

Belasan ribu pemuda telah hadir dalam himpunan ini dimana DPPK Baling paling ramai menghantar wakil iaitu lebih kurang 1000 orang. Program ini sangat berfaedah untuk menyuntik semangat pemuda di dalam menghadapi PRU ke 13 nanti yang dijangka berlaku seawal bulan 6 tahun ini.

Perhimpunan ini telah di rasmikan oleh Dato' Seri Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah selaku Pesuruhjaya Pas Kedah yang turut menyumbangkan 15 ekor lembu untuk makan tengahari semua peserta.

Sunday, February 13, 2011

Pertandingan Dam Aji Tertutup Bukit Gantang


Pertandingan Dam Aji Tertutup Bukit Gantang telah berjaya dilaksanakan pada Hari Ahad 13-2-2011 di Pusaat Khidmat Dun Trong. Seramai 24 orang telah mengambil bahagian dimana Johan telah disandang oleh Pakcik Tajuddin dari Batu 6 setelah mengalahkan Paksu Othman dari Kuala Trong diperingkat akhir.

Sdr Muhammad Zulfikar Bin Zainon selaku pengarah program mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau bagi menjayakan program Pertandingan Dam Aji ini yang julung-julung kali di adakan di Bukit Gantang. Beliau berharap pada penghujung tahun ini program seumpama ini akan di adakan lagi dan berharap lebih ramai peserta yang mengambil bahagian.

Ketua Dewan Pemuda Pas kawasan Bukit Gantang Haji Mohd Idris Bin Haji Zakaria mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengarah program dan semua pihak yang melibatkan diri dalam program ini. Dewan Pemuda telah berjaya mensasarkan semua peringkat umur bersama-sama mengikat pertalian silatur rahim tanpa mengira batas fahaman politik.

Beliau yakin Pas Ganti UMNO adalah ungkapan yang tepat untuk orang Melayu dan Islam menjadikan Pas sebagai Parti yang memperjuangkan keadilan dan kerukunan hidup seluruh rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Kita sedar selama ini UMNO telah mengkhianati kepercayaan dan kesetiaan orang Melayu kepada UMNO. Sudah pasti Pas Ganti UMNO.