Wednesday, September 15, 2010

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang Membantah Saman Ekor.

Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang membantah saman ekor (notis POL 170A) yang dikeluarkan oleh Polis Trafik Polis Diraja Malaysia. Kami juga menyokong penuh pendirian pimpinan PAS Pusat terutamanya Pengerusi Kempen Anti-saman Ekor (KASE) Dato' Hj Mahfuz Omar berkaitan isu ini berasaskan beberapa faktor yakni:

1. Pesalah yang tidak membayar saman ini akan disenarai hitamkan oleh JPJ daripada memperbaharui cukai jalan.

2. Pesalah tidak ada peluang untuk membela diri kerana tidak menyedari bila kesalahan dilakukan dan adakah benar dia telah melakukan kesalahan tersebut. Ini berikutan surat saman yang sampai di rumah setelah beberapa hari dari tarikh saman dikeluarkan.

3. Saman ekor menafikan hak pengguna daripada menggunakan kenderaan sebagai harta persendirian apabila kenderaan mereka disenarai hitamkan atas kesalahan trafik yang tidak disedari oleh mereka.

4. Saman ekor ibarat 'ISA Kedua' kerana penerima notis tidak diberikan hak untuk melalui proses pengadilan di mahkamah.

5. Pesalah saman ekor tidak dibuktikan kesalahan mereka tetapi dipaksa membayar saman tersebut.

6. Kadar saman yang tinggi menyebabkan golongan yang kurang berkemampuan tidak mampu melunasinya mengakibatkan kehidupan mereka menjadi susah setelah kenderaan mereka disenarai hitamkan.

7. Saman ekor boleh menyebabkan syarikat pengusaha pengangkutan awam gulung tikar akibat menanggung banyak saman yang tertunggak kerana tidak mampu mengesan siapa pemandu di syarikat mereka melakukan kesalahan tersebut. Ini disebabkan oleh penerimaan notis yang lambat dari tarikh saman dikeluarkan.


Dengan ini, kami menuntut supaya kerajaan mengambil tindakan:

1. Memansuhkan saman ekor (POL 170A).

2. Hanya menguatkuasakan saman pada masa pemandu melakukan kesalahan yang jelas.

4. Menarik semula tindakan menyenarai hitamkan kenderaan yang telah dikenakan saman ekor dan tidak akan menguatkuasakannya semula.

5. Mengembalikan hak rakyat untuk menjalani proses pengadilan di mahkamah atas kesalahan mereka.

6. Membatalkan semua saman di Seksyen 115 (1) (a) di bawah Akta Pengangutan Jalan 1987*.


Usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak kami adalah membantu KASE mengumpul 10 juta tanda tangan rakyat yang membantah saman ekor. Tanda tangan ini kemudiannya akan dilampirkan bersama-sama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Kementerian Pengangkutan.





* Section 115(1) (a) states that - "duty to give information and use of statements as evidence" Generally the police will send a traffic offence notification known as POL 170A notices under section 115 for motorist to provide the drivers particulars within 7 days of receiving the said notice. But the contention of many is that "registered owners of vehicles" who admit that they have committed the traffic offence need not furnish particulars of drivers. But unfortunately the police have been imposing an additional RM300 fine on motorist who has not responded to when the police issue a POL170A notice.


-Setiausaha DPPKBG

Sunday, September 5, 2010

PERTANDINGAN BANNER AIDILFITRI PERINGKAT KAWASAN

Pertandingan Banner Aidilfitri Peringkat Kawasan Bukit Gantang

Sempena meraikan kelahiran jiwa dan roh baru setelah menjalani latihan keimanan sebulan di bulan Ramadhan, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang dengan sukacitanya menganjurkan pertandingan banner Aidilfitri peringkat kawasan. Semua cawangan menyertai pertandingan ini.


Peraturan pertandingan seperti di bawah.

1. Penyertaan mestilah asli daripada pemuda cawangan.

2. Saiz banner ialah 8 x 3 kaki persegi.

3. Banner boleh digantung di cawangan masing-masing bermula 5 September 2010 di cawangan masing-masiing.

4. Setiap banner perlu mempamerkan:
a) lambang PAS
b) nama pemuda cawangan (Cth: Pemuda PAS Cawangan Simpang)
c) Kata-kata yang kreatif
d) Selebihnya mengikut kreativiti masing-masing

5. Penyertaan akan diadili berdasarkan:
a) kreativiti corak rekaan
b) kata-kata yang menarik
c) lokasi banner yang strategik

6. Hadiah adalah seperti berikut:
a) Hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM150
b) Hadiah tempat kedua berupa wang tunai RM100
c) Hadiah tempat ketiga berupa wang tunai RM50

7. Penyertaan dan pergantungan banner perlu dimaklumkan segera kepada Urusetia Pertandingan sebelum 7 September 2010.

8. Penyertaan perlulah memaklumkan nama seorang peserta sebagai wakil cawangan, lokasi banner dipamerkan, dan nombor telefon yang boleh dihubungi kepada urusetia berikut;
  • Untuk Dun Kuala Sepetang: Saudara Azuan 019 427 3678
  • Untuk Dun Changkat Jering: Saudara Zu Hazmin 013 353 1365
  • Untuk Dun Terong: Ustaz Ariffin 019 563 2014
9. Pemenang akan diumumkan pada Muktamar PAS Kawasan Bukit Gantang yang akan datang.

10. Sebarang kemusykilan boleh hubungi Pengarah Pertandingan di talian 019 427 3678.


Salam Aidilfitri dan Selamat Maju Jaya!

-Zu Hazmin bin Badri

Lagi Sumbangan Kepada Fakir Miskin





































Pada 5-9-2010 selepas solat Zuhur Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Ketua Pemuda telah turun ke kampung-kampung untuk memberikan sumbangan berupa beras kepada penduduk miskin sekitar Bukit Gantang. Kira-kira 30 buah rumah sekitar Jelapang dan taman yang berdekatan menjadi lokasi sumbangan kali ini.

Sumbangan ini adalah hasil kutipan berterusan "Kempen Sekilo Gula dan Sekampit Beras" yang dilancarkan oleh DPPK sebagai medium untuk mempermudahkan penderma untuk menyumbangkan kepada sasaran penduduk yang fakir dan miskin.

Kempen ini akan berterusan sehingga akhir tahun ini, kami mengalu-alukan semua bentuk sumbangan atau derma, samada berupa barang makanan atau wang tunai.

Friday, September 3, 2010

Sumbangan Sekampit Beras Dan Sekilo Gula











Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Masyarakat DPPK Sdr. Muhammad Hanif Bin Mohd Isa telah turun padang bersama beberapa orang Ajk DPPK memberi sumbangan berupa beras dan gula kepada penduduk Parlimen Bukit Gantang yang kurang mampu.

Setakat ini Dewan Pemuda telah berjaya menyumbang kepada 71 orang penduduk tempatan yang yang layak menerima sumbangan hasil kutipan "Kempen Sekampi Beras Sekilo Gula" dari penderma yang budiman.

Pihak Lajnah dan DPPK amat berharap usaha yang seumpama ini akan berterusan selepas ini biarpun Bulan Ramadan yang penuh barakah ini telah sampai ke penghujungnya. Semoga semangat bulan Ramadan ini akan terus subur dikalangan penderma hendaknya.

Semua sumbangan penderma kami ucapkan jazakallahu khairan kathira.

DPPK Bukit Gantang Membuat Laporan Polis Terhadap Tan Sri Zainuddin Maidin






Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit yang telah diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda iaitu Sdr Mohd Idris Bin Hj. Zakaria dan 5 orang AJK DPPK telah hadir ke Balai Polis Simpang, Taiping, Perak untuk membuat lapuran polis terhadap kenyataan tidak berasas Tan Sri Zainuddin Maidin iaitu bekas wartawan kanan dan Menteri Kerajaan Pusat yang mengaitkan Pas telah mencadangkan Tunku merampas harta kaum Cina selepas tragedi 13 Mei 1969.

Beliau juga mengaitkan Pas dengan aktiviti membelot kepada negara apabila mengatakan Pas telah menyokong Indonesia mengambil Malaysia, semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia berlaku. Dua kenyataan beliau yang dikeluarlan dalam laman web umno-online.com dan youtube ini dilihat amat berbahaya kepada keharmonian kaum yang sedia ada dan juga menjadi fitnah seolah-olah Pas telah mengkhianati negara sendiri dengan menyokong Indonesia.

Seterusnya pihak Dewan Pemuda telah diminta hadir ke Balai Polis Daerah Taiping untuk membuat pernyataan yang dibuat didepan Inspektor Bakri Bin Husin. Kita berharap pihak polis menyiasat hal ini dan mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga keharmonian kaum di Malaysia supaya tidak terjejas.





Tuesday, August 31, 2010

IFTAR JAMAIE DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK

30 - 31 OGOS 2010 - Sempena 10 terakhir dibulan Ramadhan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan dan dan pembebasan dari Api Neraka, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menganjurkan iftar Jamaie yang melibat kan semua pemuda di semua kawasan di Negeri Perak, Pelbagai program telah dirancang bermula majlis berbuka di ikuti dengan solat tarawikh, kemudia kami semua yang hadir telah bergerak ke Taman Tasik Taiping untuk XPDC dakwan mengedar risalah kepada semua pengunjung yag hadir untuk menyambut malam kemerdekaan XPDC pada malam itu berjalan lancar dengan di temanai hujan rintik dan di ceriakan lagi dengan kehadiran Ustaz Azman Syafawi Exco Dewan Pemuda PAS Pusat kemudian pada jam 4 pagi kami bersama mengadakan solat sunat tahajjud dan tasbih di ikuti dengan beberapa pengisian yang lain yang bertujuan membentuk jiwa seorang perjuang kepada pemuda-pemuda PAS Perak. Alhamdulillah AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang turut bersama pada malam tersebut bermula dari pendaftaran sehingga lah berakhirnya programyang telah dirancang. Semoga dengan aktiviti yang telah dirancang ini dapat menaikkan kembali semangat ahli-ahli Pemuda PAS yang mungkin ada sebahagianya semakin lemah. Hanya Allah yang dapat membarikan ganjaran yang setimpal dengan amalan yang telah kita laksanakan ini.

Tuesday, August 10, 2010


Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Kareem kepada semua Umat Islam daripada kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua umat Islam. Kepada para pejuang yang di redhai Allah semoga Badar Al Kubro menjadi perangsang untuk kita terus berbakti untuk agama yang tercinta ini sehingga kita bertemu Allah dengan hadiah sebagai syuhadaullah.

Saturday, August 7, 2010

Majlis Ilmu Pemuda




Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang telah meneruskan kesinambungan majlis ilmu yang perlu diikuti oleh pemuda-pemuda untuk memantapkan iman Dan sakhsiah diri didalam perjuanan Islam.

Kitab Jundullah karangan Syeikh Said Hawa telah menjadi teks dalam Majlis ilmu pemuda ini yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Husin. Majlis Ilmu Pemuda ini telah ditetapkan sebulan sekali Dan dibuat di Markaz Pas Cawangan Kg Kepala Bukit.




- Mohd Idris Hj. Zakaria

Friday, August 6, 2010

Konvensyen PAS Perak 15 & Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden







Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit telah diwakili oleh 4 orang perwakilan ke konvensyen iaitu Ketua Pemuda Mohd Idris Hj Zakaria, Setiausaha Zu Hazmin Badri, Bendahari Ust Muhd Daniel Shafei Dan Ust Ariffin.

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YB Salehuddin Ayub Naib Presiden Pas Pusat. Manakala ucap tama telah disampaikan oleh Dato' Seri Muhd Nizar Jamaluddin yang mewakili Pesuruhjaya PAS Perak yang uzur syarie.

Seramai 600 orang perwakilan Dan pemerhati telah hadir dalam majlis perasmian konvensyen yang diadakan pada 6-8-2010 jam 9.00 malam. Konvensyen PAS Perak ke-15 ini telah diadakan di Dewan Kutien, Ayer Tawar, Perak.


- Mohd Idris Hj. Zakaria

Sunday, August 1, 2010

Futsal JPC Seluruh Bukit Gantang


Dewan pemuda telah berjaya mengadakan futsal Piala Dato' Seri Muhammad Nizar Bin Jamaluddin yang hanya tertutup kepada Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan Orang Muda Geng Kita seluruh Bukit Gantang.
Kejohanan kali ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dengan penyertaan penuh 24 pasukan, dan pihak Dewan Pemuda terpaksa menolak 4 pasukan yang terlewat menghantar borang kerana penyertaan telah cukup kuota.
Pertandingan ini telah diadakan pada 25-7-2010 Ahad bermula jam 9.00 pagi sehinggan jam 4.45 petang. Pasukan Kubu Futsal Team B telah berjaya menjadi johan diikuti Pasukan KFBG serta tempat ketiga bersama iaitu Pasukan Sri Taman, Kampung Tengah dan Kubu Futsal Team A.
Hadiah kejohanan telah disampaikan sendiri oleh YB Parlimen dan turut dihadiri oleh YDP Pas Kawasan Ustaz Nordin Jaafar serta Ketua Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang saudara Mohd idris Bin Hj. Zakaria.Pihak Dewan Pemuda turut bermain persahabatan melawan Pas Kawasan yang turut diwakili YB Parlimen yang telah dimenangi oleh Dewan Pemuda dengan mata 3-1.
Kami pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Friday, July 23, 2010


BUKIT GANTANG : Dewan Pemuda PAS kawasan Bukit Gantang di bawah Lujnah Sukan, sekali lagi mengambil pendekatan untuk mendekati golongan muda yang kini semakin berminat untuk bersama-sama wadah perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan menganjurkan pertandingan FUTSAL yang bertemakan "ORANG MUDA GENG KITA".
Dimaklumkan bahawa telah banyak borang penyertaan yang di kembalikan kepada pihak pengajur daripada pasukan-pasukan seluruh Parlimen Bukit Gantang, yang ingin menyertai pertandingan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang En. Mohd Idris memaklumkan apa yang menarik dalam pertandingan yang akan diadakan ini adalah pasukan yang akan diketuai oleh YAB Dato Seri Mohammad Nizar juga akan turut bersama memeriahkan pertandingan ini.
Mohd Idris dalam kenyataan nya juga mengalu-alukan golongan muda-mudi untuk terus kekal bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat kerana mereka adalah penentu kepada masa depan negara yang lebih baik.

Tuesday, July 13, 2010



BUKIT GANTANG, Bersedeqah adalah 1 ibadah. kemiskinan dan kesusahan adalah fitrah dalam kehidupan didunia ini, kerana golongan ini adalah antara golongan yang disebut oleh Allah didalam Al-quran. Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengambil satu inisiatif untuk mengadakan kempen "SEKAMPIT BERAS, SEKILO GULA".
Tujuan utama Kempen ini diadakan adalah untuk mendidik masyarakat agar wujud dalam diri setiap ummah sifat mahabbah, ihsan terhadap sesama insan. Di samping itu juga ianya dapat mengajar masyarakat supaya prihatin terhadap golongan Fuqarak wal Masakin yang masih lagi terdapat di Malaysia.
Oleh yang demikian pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan mengajak masyarakat bersama-sama menghulurkan bantuan untuk meringankan beban golongan tersebut disamping bersama menjayakan kempen ini.
AKAUN DEWAN PEMUDA PAS BUKIT GANTANG : 080-400-100-2599-0 (BIMB) / 158051407777 ( MAYBANK )

Firman Allah SWT didalam Al Quran : Perumpaan orang-orang yang bersedekah harta mereka pada jalan Allah, seperti sebijik benih yang tumbuh padanya 7 tangkai pada setiap tangkai itu tumbuh 100 biji benih.

Saturday, July 10, 2010

Tamrin Pemuda Pas Bkt Gantang




Seramai 50 orang pemuda Pas cawangan Seluruh Bkt Gantang telah menyertai Tamrin Pemuda yang di adakan di Teluk Senangin pada 10&11-7-2010 di Chalet Pak Ya.

Perlawanan bolasepak pantai, bola tampar, treasure hunt Dan pertandingan memancing telah diadakan termasuk pengisian rohani Dan solat tahajjud.




- Mohd Idris Hj. Zakaria

Saturday, July 3, 2010

Himpunan Membantah Judi Di Masjid Negara




Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang telah menyertai kempen Tak Nak Judi yang di adakan di Masjid Negara Pada 3-7-10 yang turut disertai oleh lebih 2 ribu orang seluruh negara.

Kempen yang Kali pertama diadakan untuk membantah Judi secara terbuka ini telah dilancarkan oleh Pengerusi GMJ Cikgu Azmi Dan turut dihadiri oleh KP Pas Pusat Ust Nasruddin Tantawi.

Wakil-wakil NGO Dan mahasiswa bagi beberapa universiti turut menyertai kempen ini yang akan bertindak memberi kesedaran dan didikan kepada masyarakat tentang bahaya judi kepada diri, keluarga Dan masyarakat.

Kerajaan UMNO Dan BN juga didesak supaya mengharamkan terus kesemua Judi yang sedia Dan bukannya hanya tertumpu kepada Judi bola sahaja.

Walaupun pihak dewan pemuda yakin BN yang diterajui UMNO akan tetap meneruskan pemberian lesen Judi yang sedia ada maka tiada jalan lain untuk menghapuskan Judi melainkan rakyat menolak UMNO Dan BN dalam PRU 13 nanti.

Ayuh nyatakan bantahan kita bersama dengan menumbangkan UMNO Dan BN dalam pilihanraya Akan datang. Hapus UMNO maka hapuslah Judi.


Location:Kuala Lumpur

Monday, June 28, 2010

Utusan Malaysia Perlu Lebih Bertanggung Jawab Menjaga Kesucian Ayat Quran?


Kami ingin menegur pihak Utusan Malaysia supaya lebih bertanggung jawab di dalam mengeluarkan artikel yang berkaitan ayat Al-Quran, dimana di dalam artikel Ruangan Mega keluaran Isnin 28-6-2010 berkaitan ReadPen telah menzahirkan ayat Al-Quran surah Al-Isra bermula ayat 59 sehingga ayat 66 dengan begitu jelas sekali walaupun ia kecil namun dapat dibaca dengan baik, lebih-lebih lagi bagi orang yang sentiasa membaca Al-Quran.

Pihak Utusan Malaysia yang sudah berusia lebih separuh abad perlu lebih peka terhadap sensitiviti agama Islam dan perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Kami berharap pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung kesilapan ini. Kerana bagi kami ia amat serius dan perlu diberi perhatiaan sewajarnya.

Bayangkan lebih 2 juta naskhah dikeluarkan dan ia bertebaran seluruh Malaysia dan dilanggan oleh berbilang kaum dan agama. Kita khuatir ia akan menjadi bungkusan nasi lemak dan pelbagai kegunaan lain yang akan mencemarkan kemulian ayat Al-Quran ini. Kita menyeru pihak Utusan malaysia dapat membuat sesuatu untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Lu fikir la sendiri....................

Saturday, June 26, 2010

40 Ulama Muda Masuk UMNO, Banyak Kerja Kena Buat??


Seramai 40 orang ulama yang masuk UMNO ini perlu bekerja keras berdakwah kepada pimpinan UMNO dan ahli akar umbi UMNO yang kebanyakannya masih jahil dengan Islam dan ada yang masih engkar suruhan tuhan dalam banyak hal.


Pertama ialah keengkaran wanita-wanita UMNO menutup aurat dengan sempurna, terutama isteri PM sendiri Datin Seri Rosmah Mansor, ramai pimpinan wanita UMNO yang menutup aurat secara tidak sempurna dan termasuk puteri-puteri UMNO yang rata-rata engkar kepada perintah AlLah ini. Kerja asas dan mudah....


Kedua ialah menasihati pimpinan UMNO supaya tidak lagi mengeluarkan lesen judi dan mendesak mereka manghapuskan terus lesen judi lainnya secara berperingkat dan mengada dialog bersama kaum bukan Islam tentang judi untuk mencari jalan penyelesaian total.


Ketiga mengislamkan rancangan-rancangan televesyen dan radio yang terlalu banyak hiburan yang melalaikan dan diubah kepada rancangan-rancangan keagamaan untuk mendidik masyarakat tentang Islam.


Cukuplah tiga perkara yang mudah ini untuk tugasan 40 ulama muda ni, kita tabik kalau mereka berjaya berdakwah kepada puak-puak UMNO, tiga ni dah kira cukup cantik. Cuma kita takut 40 ulama malang ini akan hanyut bersama kemaksiatan UMNO yang telah teruk dilanda isu rasuah dll.


Belum apa-apa lagi sudah ada ahli-ahli UMNO yang sangsi dengan keikhlasan ulama-ulama muda ini dengan dakwaan ulama-ulama ini cuba membawa fahaman wahabi atau salafi ke dalam UMNO. Dakwa mereka ialah para ulama ini telah ditolak dalam PAS kerana fahaman salafi ekstrim mereka yang telah membida'ahkan pegangan 4 mazhab utama lain. Mungkin mereka akan menyebabkan UMNO berpecah belah nanti.


Apapun kita tunggu dan lihat hasil dakwah mereka kepada puak-puak UMNO ni, semoga tidak gagal seperti mana ramai para ustaz dan ustazah lain, yang hilang begitu sahaja.

Tuesday, June 1, 2010

DPPK Bukit Gantang Edar Risalah di Pasar Malam Simpang


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang pada 1-6-2010 Selasa jam 6.30 PM telah turun ke Pasar malam Simpang mengedar risalah kesedaran supaya umat Islam khasnya dan rakyat umumnya jangan terjebak dalam perjudian bola sepak piala dunia 2010. Kita mengedar risalah ini untuk membangkit bantahan terhadap kerajaan UMNO dan BN yang telah meluluskan lesen judi bola kepada Syarikat Berjaya Group kepunyaan Tan Sri Vincent Tan.


Hak eksklusif yang telah diberikan kepada syarikat Berjaya Group dilihat akan menyebabkan masalah keruntuhan institusi kekeluargaan akan bertambah parah. Ramai dari kalangan golongan muda mungkin terjebak dan mulai berjinak-jinak dengan judi, sehinggalah mengakibatkan ketagihan judi yang kronik

Kita melihat masyarakat Cina juga tidak senang dengan kelulusan kesen judi bola ini, pada pandangan mereka akan menyeret lebih ramai penjudi yang akan mengalami kerugian atau muflis akibat ketagihan judi. Kita melihat orang bukan Islam lebih ramai yang terlibat dalam masalah judi ini walaupun agama mereka melarang berjudi. Begitu juga orang Islam yang fasik memang gemar berjudi dan ia telah mengalami ketagihan yang berpanjangan.

Judi jelas haram disisi Islam namun Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah memberi lesen kepada Berjaya Group tanpa menghiraukan sensetiviti umat Islam. Najib sebagai Presiden Parti Melayu UMNO sepatutnya peka terhadap hukum halal haram ini, namun terus melakukan kefasikan yang jelas.


Para mufti dan ulamak UMNO dilihat membisu di dalam perkara ini, seolah-olah takut menegur Najib. Datuk Seri Harussani selaku Mufti Perak yang lantang bersuara dalam isu-isu semasa lebih-lebih lagi bila menyentuh berkaitan Pakatan Rakyat tetapi dalam hal ini hanya diam membisu dan wajarlah tohmahan pembangkang yang mengatakan beliau pro UMNO dan BN.


Namun kita berterima kasih kepada Mantan Perdana Menteri Pak Lah yang meminta lesen judi bola ditarik balik, tetapi pemimpin UMNO secara keseluruhannya setuju dengan Najib. Nyatalah UMNO parti yang meminggirkan Islam dan Umat Islam perlu bangkit menentang UMNO yang meluluskan judi yang jelas dimurkai oleh AlLah SWT. Hancur UMNO!!! Hancur UMNO!!! hancur Puak-puak Munafik!!!!

Sunday, May 2, 2010

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Selamat Bermuktamar



Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang telah hadir ke muktamar DPPN Perak pada Hari Ahad 2-5-2010 yang di adakan di Markaz Pas Negeri Air Kuning bermula 8.30 pagi dan berakhir 6.30 petang. Muktamar DPPN Perak kali ke 27 ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar selaku Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pihak DPPK Bukit telah menghantar 7 orang perwakilan yang di Ketuai oleh Sdr Zainuddin Bin Zainol. Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang mengucapkan syabas kepada saf kepimpinan DPPN Perak dan semua perwakilan dewan-dewan kerana telah berjaya melaksanakan amanah ini dengan jayanya.

Tuesday, April 20, 2010

Futsal DPPK Bkt Gantang Vs JPC Sg Baru



Siri jelajah bermain futsal bersama JPC diterus dengan kali ini pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang telah berlawan dengan JPC Sungai Baru, Sg. Tinggi, Perak. Seramai lebih kurang 30 orang hadir kali ini.

Perlawanan ini telah diadakan pada 18-4-2010 jam 10.00 -11.00 malam. Perlawanan ini turut disertai oleh Ustaz Norazli Musa Mantan Ketua Pemuda DPPN Pk selaku penjaga gol DPPK Bukit Gantang.

Pihak JPC Sg Baru telah berjaya menewaskan DPPK Bukit Gantang dengan skor 10-7. Kita akan meneruskan aktiviti futsal ini dengan mengadakan perlawanan menentang JPC Kepala Bukit dalam bulan Mei nanti.

Friday, April 16, 2010

Riadah Mingguan DPPK Bersama MTD Trong

Dewan pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan riadah mingguan iaitu setiap Hari Khamis malam Jumaat selepas solat Isyak bermain badminton di Dewan Cina Sungai Kerang, Perak dan Setiap Hari Sabtu Malam Ahad di 'Court' Terbuka Kampung Kepala Bukit Batu 9, Changkat Jering Perak .

Lebih kurang 50 orang ahli kelab sukan di bawah Lajnah Sukan Dan Rekreasi telah menyertai riadah ini setiap minggu. Kita juga merancang untuk menjadi aktiviti futsal sebagai riadah bulanan sedikit masa lagi.

Kita menjemput semua anak-anak muda seluruh Parlimen Bukit Gantang untuk menyertai Program Riadah ini sempena kempen 'Orang Muda Geng Kita'.

Thursday, April 15, 2010

Usrah Bulanan Dewan Pemuda


Pada 13-4-2010 usrah dppk di adakan dirumah PSU 2 iaitu Sdr Zack di Batu 2 1/2, Simpang, Perak. Seramai kira-kira 12 AJK DPPK telah hadir program usrah kali ini, ia merupakan pembelajaran yang berterusan untuk memantapkan saf kepimpinan DPPK.

Usrah ini dibimbing oleh Ust Sabri Bin Hj Sabran bekas Exco DPPN Perak.
Beliau merupakan tokoh ulama muda Pas yang begitu aktif memberi kuliah-kuliah agama di seluruh Negeri Perak.

Tuesday, April 6, 2010




Semasa di dalam perjalanan memghantar anak ke sekolah SK Kg. Jambu Taiping sekitar jam 7.07 AM -4-2010 saya ternampak pergerakan perlahan asteroid ini (mungkin) atau roket (tak pasti), pada mulanya saya ingat pancaran api hasil pantulan cahaya matahari subuh ke awan, tetapi saya perasan ia bergerak dengan perlahan dan tak mungin cahaya matahari.

Ia juga bukan jet atau roket kerana bergerak dengan ekor api yang besar dan panjang. Saya terus memberhentikan kereta dibahu jalan selepas jejantas Changkat Jering dan merakamkan dengan kemera 1D Mark 1 model 1995.

Catatan oleh Mohd Idris Hj Zakaria

Futsal DPPK Bkt Gantang Vs JPC Matang Road



Pada 5-4-2010 jam 11.00 -12.00 pm DPPK telah bermain futsal persahabatan dengan JPC Matang Road, program ini akan dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali di bawah Lajnah Sukan & Rekreasi di Pengerusikan oleh Ust Haji Zafrullah Bin Ahmad.
Di dalam perlawanan persahabatan selama sejam ini pihak DPPK telah berjaya mengalahkan JPC Matang Road dengan mata 18-8, kita berharap akan ada perlawanan kali kedua yang dijangkakan pada bulan Mei nanti.

Pada 18-4-2010 DPPK sekali lagi akan bertemu dengan JPC Sungai Baru, Sg. Kerang, Perak. Kita akan meneruskan usaha ke arah mendekati golongan muda, sempena kempen "Orang Muda Geng Kita". Tahniah diucapkan untuk semua.

Tuesday, March 9, 2010

Himpunan Pemuda Seluruh Bukit Gantang


Pada 9-3-2010 jam 8.00 malam seramai lebih daripada 200 orang pemuda Bukit Gantang telah menyertai himpunan ini yang di adakan di Markaz Pas Sungai Baru di Sungai Kerang. Ketua Pemuda Pas Pusatbersama Ustaz Norazli Musa mantan Ketua Pemuda Pas Perak telah memberi ceramah motivasi kepada pemuda-pemuda untuk terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.


Selepas itu ceramah Perdana Ketua Pemuda Pas Pusat di adakan selepas solat Isyak di Markaz Pas Pekan Trong.