Tuesday, June 16, 2009

Al-Hussain, Kami nak curi Idea ni boleh tak?

Kempen Daftar Pengundi Baru

Hari ini, saya dan beberapa rakan buat operasi pendaftaran pendaftar pemilih baru dikawasan kami di Sungai Rokam dan Pekan Razaki.

Sambil bersantai kami menunggu orang ramai untuk mendaftar sebagai pengundi baru. Penumpuan kami disekitar kawasan di sebuah restoran dimana kami hampiri mereka yang kelihatan dah cukup umur supaya mendaftarkan diri sebagai pengundi.



Kami juga mengadakan kunjungan ke beberapa rumah yang sebelumnya telah kami kenal pasti bagi tujuan tersebut.
Operasi hari ini agak mengembirakan kerana kami berjaya mendaftarkan seramai 50 orang pengundi baru sambil bersantai . Bermula jam 8.30 pagi hingga ke tengahari.
Terima kasih kepada petugas-petugas

Zainol,Pahrol, Pahkhurazi,Che Mat , Azua dan lain-lain lagi...Kami akan meneruskan usaha begini di minggu hadapan dan seterusnya di lain tempat tumpuan orang ramai seperti Pasar Tani dan Pasar Malam. Operasi tersebut kami lakukan atas nama SPR.



Posted by alhusseyn, here by kp dppk

No comments:

Post a Comment