Pada padangan saya tindakan DAP Kedah keluar dari pakatan rakyat negeri itu tidak perlu dipandang serius. Biarlah DAP menjadi parti pembangkang dalam Dun Kedah, agar kerajaan Kedah pimpinan Pas lebih berkesan. YB DAP juga boleh membuat teguran dan kritikan yang membina demi kepentingan rakyat Kedah. DAP juga dilihat masih memperjuangkan agenda satu kaum sahaja tanpa melihat satu pihak yang lain.
Seperti contoh bantahan DAP terhadap kuota perumahan untuk Bumiputera 50 peratus, walhal kita lihat kaum Bumiputra Kedah adalah sangat miskin berbanding kaum Cina. Kaum Cina ada yang telah mempunyai 2 atau 3 biji rumah dan jika ada yang miskin maka mereka juga perlu juga dimasukkan dalam kuota khas untuk kaum Cina miskin untuk memiliki rumah ini rasanya lebih adil.
Manakala bagi Pulau Pinang, saya fikir PAS juga tidak perlu menyertai Pakatan Rakyat dalam kerajaan dan perlu menjadi pembangkang untuk DUN Pulau Pinang, kerana ia dilihat lebih berkesan untuk menegur kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP. Tetapi semasa PRK dan PRU kita perlu bersama untuk menghapuskan dominansi BN dalam pilihanraya.
Walaupun tindakan DAP Kedah belum mendapat restu DAP Pusat untuk keluar dari pakatan rakyat Negeri Kedah, bagi saya kita perlu mencari suatu jalan penyelesaian yang terbaik dan bukannya budaya ugutan melalui media massa, kerana itu tidak bijak dan menampakkan kecenderungan perjuangan ke arah hanya kepada satu kaum sahaja dan mengabaikan kaum lain.
Di sini saya bermaksud hanya kita tidak bersama dalam kerajaan, tetapi bersama dalam gabungan parti semasa pilihanraya adalah dua perkara berbeza. Ia perlu dilihat secara positif, bukannya berpecah tetapi demi rakyat.
No comments:
Post a Comment