Monday, October 1, 2012

Sukaneka PASTI Bukit Gantang 2012 meriah..!

Sukaneka PASTI peringkat Kawasan Bukit Gantang telah diadakan pada 30 September yang lalu (semalam) dengan jayanya. Program yang diadakan di Padang Taman Mewah itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.PASTI dibawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang sekali lagi telah menganjurkan Sukaneka PASTI peringkat kawasan yang dikelolai oleh Jabatan PASTI Kawasan dan pengarahnya Sdr. Hassan B. Adnan. PASTI Nurul Haq, Taman Mewah telah terpilih menjadi tuan rumah pada kali ini.

Program tersebut telah bermuda pada pukul 8.00 pagi dengan dimulai pendaftaran para peserta dari PASTI yang terlibat. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah, kasut gergasi, 50m lari berganti, tarik bola dalam gelung, tiga sebilik, susun tin berbentuk piramid dan tiup belon. Turut dipertandingkan acara ibu dan bapa antaranya ialah, pertandingan berhias pasangan menggunakan surat khabar, bawa belon tanpa menggunakan tangan dan pelbagai lagi acara menarik.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan kelab motor berkuasa tinggi, Amal Bikers Group (ABG). Pendaftaran untuk menyertai kelab ini turut dibuka bagi mereka yang berminat.

Acara perasmian Sukaneka PASTI Bukit Gantang 2012 telah disempurnakan oleh Tn Hj. Mohaydeen Mohd Ali, MTD Kuala Sepetang. Program berakhir jam 1.00 petang.


antara motor berkuasa tinggi yang turut memeriahkan program sukaneka PASTI Bukit Gantang 2012
Kesediaan para pelapis mujahidah untuk menggalas amanah UMMAH...!!

kelihatan sebahagian anggota Unit Amal yang turut mangambil bahagian mengagihkan aiskrim 'free' kepada kanak-kanak
sebahagian anggota unit amal yang siap siaga mendengar arahan komandan
tak meriah tanpa ada jurucakap terkenal tanah air.. Us. Azwan (Jabatan Amal)

Monday, May 28, 2012

Taujihat Pilihanraya Bersama S/U Dewan Ulama' PAS Pusat

Seluruh Muslimin dan Muslimat Kawasan Bukit Gantang di jemput hadir..

Friday, February 18, 2011

Himpunan 30k Pemuda Pas Seluruh Malaysia



Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang telah menghantar lebih 50 orang wakil pemuda untuk menghadiri Himpunan 30k Pemuda Pas Seluruh Malaysia pada 19-2-2011. Pergerakan DPPK Bukit Gantang bermula seawal 1.30 pagi hari tersebut dan berhenti di Masjid berhampiran Kompleks Pas Kedah,Kota Sarang Semut, Kedah.

Belasan ribu pemuda telah hadir dalam himpunan ini dimana DPPK Baling paling ramai menghantar wakil iaitu lebih kurang 1000 orang. Program ini sangat berfaedah untuk menyuntik semangat pemuda di dalam menghadapi PRU ke 13 nanti yang dijangka berlaku seawal bulan 6 tahun ini.

Perhimpunan ini telah di rasmikan oleh Dato' Seri Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah selaku Pesuruhjaya Pas Kedah yang turut menyumbangkan 15 ekor lembu untuk makan tengahari semua peserta.