Friday, May 1, 2009

UMNO BERKUASA TAPI AGAMA ROSAK

Ulama baru dalam kabinet Najib yang diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal yang berkaitan Islam telah gagal memelihara agama. Jamil Khair tidak boleh buat apa-apa untuk membantah kabinet yang memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.Kabinet Najib membuat keputusan tersebut berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang pengerusikan oleh Koh Tsu Koon dan dianggotai oleh Subramaniam, Jamil Khair dan Shahrizat Jalil.

Persoalannya, mengapa perkara yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya yang melibatkan persoalan hukum dan hak memelihara agama diserahkan kepada orang bukan Islam sebagai pengerusinya?. Jamil Khair sebagai ahlinya pula tidak mampu memberi pandangan dan hujjah untuk menolak keputusan tersebut, mana wibawanya beliau sebagai seorang Menteri yang sebelum ini berkhidmat dalam Kagat begitu lama. Dalam Kagat beliau diberitakan cukup tegas dan keras dalam persoalan yang melibatkan agama, tetapi tidak sebagai seorang Menteri Islam yang menjaga hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.

Keputusan itu sebenarnya cukup menghiris hati umat Islam dan sepatutnya mengundang kemarahan umat Islam kerana persoalan yang berkaitan dengan masa depan akidah umat Islam telah diabaikan oleh pemerintah yang kononnya melayu. Kewajipan pertama pemerintah dalam Islam ialah memelihara agama tetapi telah dikhianati oleh UMNO yang melayu kononnya, malah yang menyedihkan hati ialah tiada seorangpun ulama dalam UMNO dan Menteri-menteri UMNO Islam lain yang bangkit membantah keputusan ini. Mereka hanya menjaga kepentingan jawatan dan kedudukannya sahaja .Kita ingin tunggu Mufti Perak pula menjawab dalam permasalahan ini, apa dia nak ulas, tunggu dan lihat.

Wajarkah anak-anak yang inginkan Islam dinafikan hak mereka untuk memilih sendiri agama yang mereka ingin anuti. Sepatutnya mereka diberi pilihan untuk menentukan agama mereka sendiri,bukannya melalui paksaan undang-undang, kerana dalam Islam tiada paksaan untuk beragama,Islam tidak memaksa bukan Islam masuk Islam,hukum ini kerana mereka belum beragama Islam.TETAPI jika mereka telah memilih Islam atau telah berugama Islam maka mereka tidak boleh murtad kerana hukuman bunuh wajib dijatuhkan ke atas orang murtad yang enggan bertaubat setelah disuruh berbuat demikian. Orang Islam terikat dengan hukum hakam perundangan Islam yang termaktub dalam Al-Quran dan Hadis yang tidak boleh dipersoalkan lagi.

Kenyataan Tan Sri Nazri Aziz dalam isu ini bagi pihak kabinet juga menunjukkan kejahilannya dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Kenyataannya seumpama orang yang tidak ada agama, bila ia mengaitkan pertukaran agama salah seorang pasangan bukan penyebab kepada terputusnya hubungan perkahwinan. Ini seolah-olah seorang suami yang memeluk Islam masih boleh menjadi pasangan kepada isterinya yang tidak Islam. Mungkin ada fatwa baru dari ulama UMNO berkaitan dengan hal ini, kita tunggu jawapan mereka. Mungkin ada kitab baru yang bakal dikemukakan oleh ulama UMNO?, atau kitab orientalis!.

Apabila pemimpin DAP membaca al Quran dalam ceramah, UMNO dan para ulamanya menyifatkan perbuatan itu menghina dan mempersenda Islam. Tetapi apabila persoalan yang berkaitan dengan akidah dan masa depan umat Islam diserahkan kepada Menteri yang bukan Islam sebagai pengerusinya manakala Menteri yang jaga hal ehwal agama hanya sebagai ahli jawatankuasa sahaja yang turut bersetuju dengan keputusan ini. Ketika ini kita ingin Tanya, di mana suara-suara ulama UMNO dan para mufti yang lainnya?. Mengapa mereka tidak membantah sebagaimana mereka lakukan terhadap Nga Khor Ming membaca al Quran ?.Mungkin masalah akidah adalah kecil bagi UMNO dan ulama-ulamanya, nak masuk agama apa pun tak kisah la.

Ini adalah fahaman liberal yang dibawa oleh Sister In Islam yang terdapat dikalangan anggota pimpinannya terdiri dari anak-anak perempuan pimpinan tertinggi UMNO dan bekas Perdana Menteri UMNO yang melayu itu.Kita kata Orang Melayu dan Islam kononnya cukup sensitif terhadap isu derhaka kepada Raja-raja Melayu, isu yang berkaitan dengan tanah orang Melayu dan sebagainya. Walhal apa sebenarnya dalam isu derhaka dan tanah orang Melayu hanyalah isu yang sengaja direka dan dibesar-besarkan oleh media dan pemimpin UMNO BN supaya orang Melayu marah.

Tetapi bila berlaku isu berkaitan dengan hak penjagaan anak dan pemeliharan agama, tidak ada suara-suara UMNO dan para ulamanya selantang mereka menuduh Hj Nizar derhaka dan gadai tanah orang Melayu.Mungkin agama tak penting bagi orang melayu UMNO?.Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan kabinet baru yang dibentuk ternyata tidak boleh diharap untuk mempertahankan dan memelihara kesucian dan kemurnian Islam. Mereka lebih tunduk kepada kemahuan tuntutan parti-parti komponannya dan sanggup mempertaruh dan menggadaikan maruah dan kesucian Islam itu sendiri. Demi kekuasaan yang bakal hilang..........

“Di mana UMNO kuat di situlah Melayu merempat”

No comments:

Post a Comment