Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang membantah saman ekor (notis POL 170A) yang dikeluarkan oleh Polis Trafik Polis Diraja Malaysia. Kami juga menyokong penuh pendirian pimpinan PAS Pusat terutamanya Pengerusi Kempen Anti-saman Ekor (KASE) Dato' Hj Mahfuz Omar berkaitan isu ini berasaskan beberapa faktor yakni:
1. Pesalah yang tidak membayar saman ini akan disenarai hitamkan oleh JPJ daripada memperbaharui cukai jalan.
2. Pesalah tidak ada peluang untuk membela diri kerana tidak menyedari bila kesalahan dilakukan dan adakah benar dia telah melakukan kesalahan tersebut. Ini berikutan surat saman yang sampai di rumah setelah beberapa hari dari tarikh saman dikeluarkan.
3. Saman ekor menafikan hak pengguna daripada menggunakan kenderaan sebagai harta persendirian apabila kenderaan mereka disenarai hitamkan atas kesalahan trafik yang tidak disedari oleh mereka.
4. Saman ekor ibarat 'ISA Kedua' kerana penerima notis tidak diberikan hak untuk melalui proses pengadilan di mahkamah.
5. Pesalah saman ekor tidak dibuktikan kesalahan mereka tetapi dipaksa membayar saman tersebut.
6. Kadar saman yang tinggi menyebabkan golongan yang kurang berkemampuan tidak mampu melunasinya mengakibatkan kehidupan mereka menjadi susah setelah kenderaan mereka disenarai hitamkan.
7. Saman ekor boleh menyebabkan syarikat pengusaha pengangkutan awam gulung tikar akibat menanggung banyak saman yang tertunggak kerana tidak mampu mengesan siapa pemandu di syarikat mereka melakukan kesalahan tersebut. Ini disebabkan oleh penerimaan notis yang lambat dari tarikh saman dikeluarkan.
Dengan ini, kami menuntut supaya kerajaan mengambil tindakan:
1. Memansuhkan saman ekor (POL 170A).
2. Hanya menguatkuasakan saman pada masa pemandu melakukan kesalahan yang jelas.
4. Menarik semula tindakan menyenarai hitamkan kenderaan yang telah dikenakan saman ekor dan tidak akan menguatkuasakannya semula.
5. Mengembalikan hak rakyat untuk menjalani proses pengadilan di mahkamah atas kesalahan mereka.
6. Membatalkan semua saman di Seksyen 115 (1) (a) di bawah Akta Pengangutan Jalan 1987*.
Usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak kami adalah membantu KASE mengumpul 10 juta tanda tangan rakyat yang membantah saman ekor. Tanda tangan ini kemudiannya akan dilampirkan bersama-sama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Kementerian Pengangkutan.
* Section 115(1) (a) states that - "duty to give information and use of statements as evidence" Generally the police will send a traffic offence notification known as POL 170A notices under section 115 for motorist to provide the drivers particulars within 7 days of receiving the said notice. But the contention of many is that "registered owners of vehicles" who admit that they have committed the traffic offence need not furnish particulars of drivers. But unfortunately the police have been imposing an additional RM300 fine on motorist who has not responded to when the police issue a POL170A notice.
-Setiausaha DPPKBG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment