Friday, September 3, 2010

DPPK Bukit Gantang Membuat Laporan Polis Terhadap Tan Sri Zainuddin Maidin






Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit yang telah diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda iaitu Sdr Mohd Idris Bin Hj. Zakaria dan 5 orang AJK DPPK telah hadir ke Balai Polis Simpang, Taiping, Perak untuk membuat lapuran polis terhadap kenyataan tidak berasas Tan Sri Zainuddin Maidin iaitu bekas wartawan kanan dan Menteri Kerajaan Pusat yang mengaitkan Pas telah mencadangkan Tunku merampas harta kaum Cina selepas tragedi 13 Mei 1969.

Beliau juga mengaitkan Pas dengan aktiviti membelot kepada negara apabila mengatakan Pas telah menyokong Indonesia mengambil Malaysia, semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia berlaku. Dua kenyataan beliau yang dikeluarlan dalam laman web umno-online.com dan youtube ini dilihat amat berbahaya kepada keharmonian kaum yang sedia ada dan juga menjadi fitnah seolah-olah Pas telah mengkhianati negara sendiri dengan menyokong Indonesia.

Seterusnya pihak Dewan Pemuda telah diminta hadir ke Balai Polis Daerah Taiping untuk membuat pernyataan yang dibuat didepan Inspektor Bakri Bin Husin. Kita berharap pihak polis menyiasat hal ini dan mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga keharmonian kaum di Malaysia supaya tidak terjejas.





No comments:

Post a Comment