Tuesday, June 30, 2009

UMNO Selamanya Tidak Boleh Dipercayai!

UMNO adalah sebuah parti berorientasikan nasiolis melayu dan sekular, secara tepatnya sebuah parti yang tidak mementingkan agama sebagai matlamat atau asas perjuangan mereka. Pas pernah bergabung dengan UMNO semasa zaman Tun Abdul Razak menjadi PM iaitu ketika UMNO begitu lemah, Pas berbuat demikian demi perpaduan dan kepentingan bangsa Melayu dan agama . Tetapi apabila kedudukan UMNO kukuh Pas dikhianati dengan UMNO menyingkirkan Pas dari Parti Perikatan (BN) iaitu semasa zaman Tun Hussein Onn.

Begitulah perangai UMNO sekarang ini, mereka telah memainkan sentimen demi masa depan bangsa melayu dan islam maka semua Parti melayu perlu bersatu. Malangnya dibuat semasa UMNO mengalami kemerosotan undi dan begitu lemah. Talian hayat UMNO cukup kritikal dan memerlukan suntikan apa sahaja yang boleh. Mereka cuba memikat Pas untuk berkerjasama dengan menggunakan media massa untuk memancing Pas ke arah kerjasama dan pembentukan kerajaan perpaduan. Tetapi percayalah UMNO akan menyingkirkan Pas apabila mereka telah kuat.

Kenyataan Pas bersama Pakatan Rakyat baru-baru ini berjaya memantahkan usaha sesetengah agen UMNO yang melobi ke arah Negara Perpaduan yang dikatakan telahpun melobi beberapa orang pimpinan Pas. Pada padangan peribadi saya jika dibiarkan usaha mereka tanpa sekatan akan mengakibatkan Pas kehilangan kepercayaan pengundi bukan melayu. Saya ada diberitahu oleh beberapa orang penyokong kelab, jika Pas berbaik dan bergabung dengan UMNO maka mereka akan keluar dari kelab secara beramai-ramai.

Berapa serius situasi ini tidak saya ketahui, tetapi saya kira mereka serius kerana propaganda yang hebat dari media massa BN. Malah ada dikalangan ahli-ahli Pas juga terpedaya dengan dakyah media-media ini, seolah-olah usaha ke arah kerajaan perpaduan telah diperingkat akhir pembentukannya. Walhal mandat perlu dibuat melalui Mesyuarat Agung bukannya keputusan 2-3 orang pimpinan tertinggi parti.

Namun kenyataan bersama yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menghilangkan terus mitos kerajaan perpaduan seperti ibarat setan lari terkentuk-kentuk apabila azan dikumandangkan dan sekarang semua orang boleh berlapang dada dan meneruskan agenda Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 nanti dan memerintah Malaysia dengan majoriti mudah.

Oleh- Mohd Idris Bin Hj. Zakaria (Timbalan Ketua Pemuda DPPK Bukit Gantang).

3 comments:

  1. Jangan termakan kata-kata hasutan dari artikel ini. Ingat kata2 Allah..

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  2. Rasanya Rantong
    ni salah satu ulamak UMNO kot

    ReplyDelete
  3. UMNO tak boleh dipercayai selagi dasar perjuangannya bukan berteras pada paksi Islam dan akidah Islamiah. Juzuk perjuangan UMNO bermazhab Melayu yang diperjuangkan sekian lama, makin lama makin retak. Retak kat perlis, terengganu, N9 dn semakin lebar. Kalau orang dah nk mati, time nie nasihat paling baik, ingat Tuhan.... mengucap....

    ReplyDelete