Pertamanya ; calon timbalan presiden Pas Pusat semuanya layak belaka menjadi pemimpin saya dan saya cukup berbangga dengan mereka.
Keduanya ; saya bukan ingin berkempen tetapi saya cuma ingin menyatakan kenapa abang mat menjadi pilihan saya .
Sahabat-sahabat sekalian...ada beberapa sebab kenapa saya akan mengundi abang mat pada pemilihan timbalan presiden Pas pusat nanti antaranya ...
1. Abang Mat dah lama berjuang dan berkorban bersama Pas
2. Abang Mat senang didekati oleh semua golongan
3. Abang Mat telah diuji dengan tangkapan ISA
4. Abang Mat selalu turun demontrasi
5. Abang Mat tak banyak songgeh ( mengada-ngada / itu tak boleh , ini tak boleh..ini prosedure itu prosedure )
6. Abang Mat tak banyak isu kelemahan (peribadi, statemen, perpecahan dalaman dsbnya) keatasnya
7. Abang Mat senang dijemput dan menerima jemputan (dia banyak peruntukan masa untuk perjuangan ini )
8. Abang Mat banyak jasa apabila nak buat kutipan derma dan pelancaran apa-apa
9. Abang Mat jelas pasal perjuangan tegakkan Islam...berterus terang dengan semua agama , ngo dan parti politik lain
10. Abang Mat "low profile"
11. Abang Mat berani ( semua orang no komen kot bab ni )
sahabat-sahabat sekalian , tentulah banyak lagi kebolehan Abang Mat kalau kita nak sebutkan disini ...terserahlah pada tuan-tuan semua.
Apapun bagi saya jelas , saya tak mahu peralatkan Abang Mat apabila kita perlukannya tetapi mengenepikannya apabila sampai masanya .
bard dah mai...
ReplyDeletedah mai ... tahniah
ReplyDelete