Friday, June 19, 2009

UMNO nak berpaut pada PAS

UMNO harus mengakui mereka telah lemah dan kini memulakan langkah mahu berpaut pada PAS. Isu kerajaan perpaduan adalah tindakan desperado UMNO keatas PAS dan pakatan rakyat. Satu UMNO pun tak berjaya, inikan pula satu Malaysia?? UMNO bakal hilang di Terengganu dan Perlis ekoran persengketaan dalaman yang nyata.

Muhyidin Yasin hanya mengukur pada ramainya ahli Parlimen BN dalam parlimen. Dia lupa akan kebangkitan rakyat yang semakin hari membenci BN. Jika benar mereka berani mari buktikan dahulu dengan pembubaran Dun Perak. Kita tengok sapa jantan ( Pakatan Rakyat ) sapa pondan ( BN ). Di Perak, kerajaan seumpama Kerajaan Perpaduan dalam mimpi UMNO, tidak akan berlaku. Rakyat menderita kemiskinan, kesusahan dan segala macam kepayahan.

Isu kerajaan perpaduan bukan isu parti, tapi isu peribadi. PAS bukan macam UMNO malah jauh bezanya. PAS yang ditunjangi Majlis Syura adalah parti yang mendasari perbincangan bukan pandangan. TGHH mengeluarkan pandangan, tidak bererti itu satu keputusan dari PAS. Umum tahu memang PAS ikhlas. UMNO terus memuji PAS ikhlas, membenarkan lagi PAS memang ikhlas. Ni nasihat ikhlas buat UMNO. UMNO umpama orang yang ingin bercinta, tapi bertepuk sebelah tangan.

PAS tidak akan menyambut pelawaan UMNO dalam isu kerajaan perpaduan. Umpama mimpi di siang hari. Sedikit sebanyak, kami di Perak tahu apa yang TGNA rasakan di Kelantan. Dengan kejadian rampasan kuasa yang amat kotor dalam sejarah, kami tidak akan menyokong kerajaan perpaduan dalam mimpi UMNO. UMNO tepuk tangan sekarang tengok orang PAS tepuk dahi.

Tapi UMNO tak sedar diri. Masalah sendiri tak mahu selesai. Tak habis-habis nak timbulkan masalah pada orang. Memang UMNO sejak azali perangai macam tu kot?? Kalau dah selesai masalah rasuah, masalah dalaman, dan pemimpin yang zalim, baru la bawa paperwork Kerajaan Perpaduan kepada Pakatan Rakyat. Kalau bawa sekarang, " JUST FORGET ABOUT IT ".

1 comment:

  1. Salam. Sedikit info berkenaan penjelasan TGHH mengenai UG - mujahidbiker.wordpress.com

    ReplyDelete