Wednesday, December 30, 2009

KEJOHANAN FUTSAL PIALA PESURUHJAYA PAS PERAK

AHAD, 27 DISEMBER - Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak menyaksikan penyertaan daripada kesemua 24 kawasan di seluruh Perak. DPPK Bukit Gantang juga telah menghantarsebuah pasukan ke kejohanan tersebut. Bermula dalam kumpulan F, perlawanan dimulakan dengan menentang pasukan Beruas yang berakhir dengan keputusan tewas 2-1. Perlawanan seterusnya diteruskan dengan menentang pasukan Gopeng yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Bukit Gantang dengan keputusan 2-0 sekaligus meletakkan Bukit Gantang selaku Naib Johan kumpulan F untuk meneruskan pusingan kedua menentang pasukan Lenggong yang mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan futsal yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Perlawanan sengit menentang Lenggong ini berakhir dengan keputusan memihak kepada Bukit Gantang melalui balingan syiling setelah seri dalam sepakan penalti.Bukit Gantang yang meneruskan saingan di peringkat suku akhir bertemu dengan pasukan Lumut yang menjadi johan pada kejohanan futsal kali ini. Bukit Gantang kalah tipis dengan keputusan 1-0 kepada pasukan Lumut. Lumut yang akhirnya bertemu dengan pasukan Ipoh Timur mendapat gelaran johan manakala Ipoh Timur mendapat tempat ke-2. Tahniah diucapkan kepada kepada pemenang. Majulah sukan untuk Islam.

Pemain-pemain merangka strategi





KP selaku jurulatih menyampaikan strategi kepada pemain

No comments:

Post a Comment