Thursday, December 3, 2009

FUTSAL ORANG MUDA GENG KITA

BUKIT GANTANG, 2 Dis:Keunikan futsal yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang kali ini adalah kerana ia telah diadakan di waktu malam. Program 'Orang Muda Geng Kita' yang menjadikan futsal ini sebagai medan bertemu dengan semua peminat futsal.(Gambar: Kempen RM1 untuk selamatkan bolasepak Perak turut dilancarkan dalam liga futsal "orang muda geng kita").Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. Turut hadir dan berucap ialah Ustaz Mohd Nordin Jaafar, Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang. Turut hadir ialah dua orang Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak iaitu Safarizal Saleh dan Abdullah Adam. Hasan Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Bukit
Gantang telah turut memeriahkan majlis tersebut. Gimik pelancaran program 'Orang Muda Geng Kita' telah disempurnakan oleh Mohd Nordin Jaafar, Yang DiPertua PAS
Bukit Gantang. Majlis tersebut tidak juga ketinggalan melancarkan Kempen 'RM1 Selamatkan Bolasepak Perak' yang telah disempurnakan oleh Raja Ahmad. Penyertaan oleh hampir 14 pasukan telah menjadikan pertandingan tersebut meriah dan telah berakhir sekitar jam 3.00 pagi.

HarakahDaily.Net/-

No comments:

Post a Comment