Thursday, September 17, 2009

Singgah sahur

Pada 17 September 2009, bersamaan 27 Ramadhan 1430H yang lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang (DPPKBG) telah mengadakan satu aktiviti di bawah Lajnah Kebajikan. Aktiviti ini telah diketuai oleh saudara Ketua Lajnah Kebajikan, saudara Zainuddin dan disertai oleh beberapa AJK yang lain termasuk Ketua Pemuda Kawasan.

Aktiviti bermula dengan tidur di Masjid Sungai Bemban, Trong pada malamnya. Aktiviti diteruskan dengan Qiamullail pada pukul 4 pagi. Pada pukul 4.50 pagi, para AJK bersiap dan bertolak ke rumah yang telah dikenalpasti untuk singgah sahur.


Lebih kurang 15 minit perjalanan, kami tiba di Kg Nibong. Ketibaan kami di rumah tersebut disambut oleh 2 orang warga emas dalam lingkungan 60-an. Ketua Pemuda selaku ketua rombongan (gambar : ketua pemuda bersama tuan rumah) telah berbual2 terlebih dahulu untuk mengetahui latar belakang kehidupan tuan rumah tersebut.


Menceritakan mengenai kehidupan seharian yang agak dhaif, sedikit sebanyak memberikan keinsafan kepada kami untuk menghargai nikmat pemberian Allah. Menggunakan sumber air dari sungai yang melalui melalui parit selebar satu kaki di tepi rumah, menceritakan sedikit sebanyak kepayahan pasangan tua ini. Anak-anak yang duduk berjauhan daripada mereka, menyebabkan mereka sukar untuk pulang dan tambahan pula, anak-anak juga tidak mewah untuk kerap pulang atau menghantar bantuan kewangan buat ibu dan bapa mereka. Tambahan pula, keadaan kesihatan yang tidak begitu stabil menyebabkan mereka tidak boleh bekerja kuat untuk mencari nafkah.

Kehadiran kami cukup diraikan pada pagi itu . Kadangkala, hal ini membuatkan kami terfikir bagaimana mereka yang di bawah paras kemiskinan ini boleh berbuat demikian sedangkan kehidupan seharian cukup menekan mereka hanya untuk sesuap nasi.

Selesai berbual, kami terus menjamah hidangan yang telah dibawa untuk dimakan bersama memandangkan jam menunjukkan 5.20 pagi. Berlaukkan daging masak merah dan sup ayam, kami makan beramai-ramai. Tergambar dari riak wajah mereka, keseronokan dapat makan secara berjamaah dan terasa diraikan. Persiapan Ustaz Daniel yang cukup unik untuk bersahur yang dibawanya bersama di dalam sebuah beg, mengagumkan kami.

Seterusnya, bila tiba waktu Subuh, azan dilaungkan di rumah tersebut dan kami telah bersama-sama solat berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Khairul.



Selesai solat Subuh berjemaah, kami meminta diri untuk meneruskan aktiviti. Alhamdulillah, aktiviti yang telah dijalankan ini cukup menginsafkan dan memberi gambaran betapa nikmatnya sebuah anugerah kehidupan, ditambah pula dengan suasana Ramadhan.

Betapa inilah hakikat menjadi pemimpin, jikalau kita ingin menjadi kerajaan. Sewajibnya kita berpegang kepada prinsip 2 Saidina Umar, "kenyangkan perut rakyat".

Trong, yang rata2nya penduduknya miskin dan dhaif di bawah seorang ADUN Barisan Nasional , membuatkan kami tertanya-tanya....apa yang UMNO dan BN buat selama ini???

Wallahua'lam.

-PSU-

1 comment: