Program Tamrin Pemuda semalam menarik dan ada kelainan berbanding tamrin2 sebelum ini.
Program yang serba ringkas, bermula dari berbuka puasa, modul pertama bermula. Berbuka dengan kuih-muih dan bubur lambuk, agak mengejutkan buat beberapa peserta. Ada yang sebelum berbuka, menarik tangan penganjur bertanya, “Takdak nasik ka?”. Mendengarkan soalan itu, penganjur menjawab “Takdak”. Tak pasti kecewa, sedih atau pun selamba mendengarkan jawapan tu. Akan tetapi, itulah hakikatnya apabila tuan rumah lewat diberikan duit untuk membeli barangan.
Selesai solat Maghrib peserta tamrin yang tidak berapa ramai memandangkan ramai yang tidak hadir, kembali ke meja makan. Menghadap saki baki kuih dan bubur lambuk, peserta tidak berkata banyak. Sebat je! Janji masuk perut…nak tunggu menu seterusnya, lepas tarawih.
Azan Isyak berkumandang. Solat Isyak dan tarawih dikerjakan. Memandangkan masa tidak banyak terisi, ketua pemuda meminta dibuat 20 rakaat untuk mengisi masa lapang. Selesai tarawih 20 rakaat, beserta 3 rakaat witir, peserta ke meja makan sekali lagi…kali ini menu kedua menyusul..bihun goreng. Sambil bersembang memenuhi masa dan merapatkan ukhuwah, acara melipat kad raya untuk diedarkan ke PASTI turut sama dibuat.
10 minit sebelum ke pukul 12, sedikit liqa’ ringkas diadakan. Taarruf ringkas dan dialog diadakan bersama Ustaz Akmal selaku wakil pemuda negeri. Seterusnya, sesi wajib naum pun bermula meskipun ramai yang masih mengaum….
Sehingga 30 minit sebelum ke pukul 4, seorang sahabat datang dan bertanya, “handphone ada?” kerana seorang peserta telah hilang handphone. Melihat handphone di sisi, saya mengatakan ada, sambil mata melihat handphone yang kedua yang di”charge” pada malam itu. “Alamak, dah hilang”. Bermula sesi mencari. 2 handphone hilang pada malam itu. Dipendekkan cerita, dalam pukul 4.15 pagi, handphone pertama yang telah diset “alarm”nya ditemui di dalam bonet kereta seorang sahabat.
Handphone kedua pula akhirnya ditemui setelah sahabat yang mengambil itu mengaku mengambilnya. Alhamdulillah, diperkenankan oleh Allah untuk bertemu semula dengan handphone itu . Selepas itu, solat dimulakan kira2 jam 4.30 pagi.
Alhamdulillah, sesi tamrin semalam menyajikan modul yang amat “real”, tarbiyah dari Allah buat peserta tamrin semalam. Alhamdulillah, dalam sejam proses mencari, akhirnya ditemukan kembali oleh Allah kedua-dua handphone itu dengan tuannya kembali. Cepat benar doa dimakbulkan pada malam tadi… agaknya malam Lailatul Qadar kot? Amin…
p/s : kata Ustaz Fahmi, agaknya kalau di sekolah, teruk budak tu kena… Nasib baik atas nama tarbiyah ja…. Subhanallah, indahnya berjemaah…
-Wallahua’lam-
No comments:
Post a Comment